• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Hornet 2.0 Repsol Edition (2023) Lancar di India dalam Seragam MotoGP, Harga RM7.9k

Honda Hornet 2.0 Repsol Edition (2023) Lancar di India dalam Seragam MotoGP, Harga RM7.9k

September 22, 2023 By Aryon Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR motosikal Honda di India, Honda Motorcycle & Scooter India (HMSI) melancarkan Hornet 2.0 Repsol Edition (2023) baharu untuk pasaran negara itu pada harga 140,000 rupee (RM7,930), iaitu 1,000 rupee (RM56,70) lebih mahal daripada model standard.

Model edisi khas iyu akan dijual di semua pengedar Honda Red Wing seluruh India.

Honda Hornet 2.0 Repsol Edition (2023) mendapat grafik Repsol yang diilhamkan daripada jentera MotoGP RC213V dalam kombinasi dekal jingga, putih, merah dan biru pada fairing, tangki dan seksyen ekor.

Bahagian tangki minyak diserikan dengan jenama Repsol, manakala gaya badan sporty dan agresif kekal sama seperti model standard.

Model ini dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 184cc penyejukan udara dengan suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 17.03hp @ 8,500rpm, dan tork 16.1Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi manual 5-kelajuan jenis klac basah maltiplat.

Jarak tinggi bumi 167mm, kapasiti tangki minyak 12 liter, dan berat kerb 142kg.

Frem jenis berlian (diamond) ditampung set roda dengan rim aloi 17 inci dengan sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. Sistem brek dipasangkan brek cakera tunggal 276mm di depan, dan brek cakera tunggal 220mm di belakang.

Ciri lain diberikan ialah lampu LED penuh, panel meter LCD dengan lima tahap kecerahan boleh laras, dan klac antigelincir Assist and Slipper (ASC).

BACA >>> Honda RS-X Repsol Edition (2022) Kini di Malaysia, Terhad 5,000 Unit, Harga RM9.9k!
BACA >>> AHM Perkenal Honda Vario 160 Repsol Edition (2022), Ada 4 Unit Sahaja

SUMBER: BikeWale | Honda2SheelersIndia

Related

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Hornet 2.0 Repsol Edition (2023), Honda Motorcycle & Scooter India (HMSI), Honda RC213V, MotoGP 2023, naked bike, roda2, streetbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev