• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenapa China Mampu Jual EV Harga Murah?

Kenapa China Mampu Jual EV Harga Murah?

September 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENJUAL kenderaan elektrik (EV) pada harga lebih rendah dari pasaran adalah strategi utama kebanyakan pengeluar dari China. Taktik itu memudahkan pengeluar automotif seperti ini menembusi pasaran dan industri global serta membantu mencipta komuniti mobiliti EV.

Nampaknya, strategi digunakan pemain dari China itu menyebabkan beberapa pihak rasa 'kurang selesa', terutama Eropah.

Baru-baru ini, Kesatuan Eropah (EU) membuka siasatan terhadap kenderaan China kerana mengesyaki wujud persaingan tidak adil. Kemelut itu menimbulkan satu pertanyaan: kenapa EV dari China berharga murah?

Menurut laporan Reuters, faktor EV murah disebabkan insentif promosi industri dan subsidi yang sudah bermula sejak sedekad lalu di Beijing, China, sekali gus menguatkan asas dalam sektor berkaitan EV.

Pendekatan itu membolehkan China muncul sebagai pasaran EV terbesar dunia dan mengawal rantaian bekalan EV global, termasuk sumber bahan mentah. Pada masa sama, negara lain baru hendak memulakan penerokaan industri EV.

Tindakan awal itu juga membolehkan kebangkitan barisan pesaing sengit dalam segmen EV, termasuk pengeluar terbesar bateri dunia seperti CATL, manakala BYD pula menggantikan Volkswagen sebagai jenama dengan jualan terbaik di China.

Kelebihan dimiliki China, terutama kos dan rantaian bekalan berjaya menarik minat syarikat asing memulakan pengeluaran di negara itu seperti Tesla yang mendirikan kilang Gigafactory Shanghai dengan pengeluaran lebih 700,000 kenderaan pada 2022. Malah, Renault dan BMW juga menghasilkan kenderaan di China untuk tujuan eksport.

SUMBER: Kompas

Related

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV China, Kenderaan Elektrik, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev