• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hej då! Tiada Lagi Enjin Diesel Untuk Volvo, Henti Pengeluaran Pada Awal 2024

Hej då! Tiada Lagi Enjin Diesel Untuk Volvo, Henti Pengeluaran Pada Awal 2024

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

DI PASARAN tempatan kereta penumpang bernadikan enjin diesel merupakan satu perkara asing. Senario itu berbeza di Eropah dan beberapa tahun lalu pasaran tempatan turut menerima tempias yang ditawarkan jenama premium.

Dengan industri yang menuju ke arah kenderaan elektrik (EV), landskap di Eropah sudah menunjukkan beberapa perubahan dari segi penawaran enjin diesel.

Volvo Car pada acara Minggu Iklim NYC mengumumkan untuk menamatkan terus pengeluaran model diesel pada awal 2024. Volvo menjadi salah satu pembuat kereta legasi terawal mengambil langkah sebegitu.

Menjelang 2030, Volvo merancang untuk hanya menjual kereta elektrik dan menjelang 2040 menjadi syarikat neutral iklim.

Tahun lalu Volvo memutuskan untuk menghentikan pembangunan enjin pembakaran dalaman baharu dan pada November 2022 menjual pegangan di dalam Aurobay, sebuah syarikat kerjasama dalam kejuruteraan trenkuasa.

Volvo tidak lagi membelanjakan peruntukan penyelidikan dan pembangunan dalam membangunkan enjin pembakaran dalaman baharu.

Keputusan Volvo untuk terus menamatkan pengeluaran adalah cerminan kepada perubahan pantas dalam industri kereta dan permintaan pelanggan pada masa dunia menghadapi krisis iklim.

Satu fakta menarik, lima tahun lalu enjin diesel merupakan punca pendapatan Volvo di Eropah dan begitu juga pengeluar lain.

Majoriti kereta Volvo yang dijual pada 2019 di Eropah dikuasakan enjin diesel dan model elektrifikasi baru saja mula bertapak.

Trend tersebut berbeza pada hari ini susulan permintaan pasaran, peraturan emisi lebih ketat dan fokus Volvo pada agenda elektrifikasi.

Kini majoriti jualan Volvo di Eropah terdiri daripada model elektrifikasi sama ada elektrik penuh atau trenkuasa hibrid plug-in. Kurangya kereta diesel di jalanan akan menyumbang kesan positif pada kualiti udara.

Walaupun pelepasan karbon dioksida dari enjin diesel lebih rendah berbanding enjin petrol, enjin itu melepaskan lebih banyak nitrogen oksida dan menjejaskan kualiti udara.

Di pasaran tempatan, Volvo sudah lama tidak menawarkan enjin diesel dan sekarang ini giat menawarkan teknologi elektrifikasi melalui siri Recharge elektrik dan hibrid plug-in.

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC60 Recharge T8 Ultimate, SUV Paling Ngam Sebelum EV Penuh!

BACA >>> Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!

Volvo Drive-E 4 cylinder Diesel - D4 8 speed auto transmission 01
Volvo Drive-E 4 cylinder Diesel Engine - D4 01
Volvo Drive-E 4 cylinder Diesel Engine - D4 02
Volvo Drive-E 4 cylinder Diesel Engine - D5 01
Volvo Drive-E 4 cylinder Diesel Engine 01
Volvo Drive-E 4 cylinder Diesel Engine 02
Volvo XC40 D4 R Design
The new Volvo XC60 D5
The new Volvo XC60 D5
The new Volvo XC60 D5
The new Volvo XC60 D5
Volvo XC60 D5.03
Volvo XC60 D5.04
Volvo XC60 D5.05
Logo Volvo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Volvo, Volvo Car

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev