• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Akhirnya Dapat Visa ke India, Bakal Beraksi Dalam GP Pertama India

Marquez Akhirnya Dapat Visa ke India, Bakal Beraksi Dalam GP Pertama India

September 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

13
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HUJUNG minggu ini adalah penganjuran pertama pusingan GP India 2023 di Litar Antarabangsa Buddh tetapi situasi semasa menimbulkan kebimbangan. Antaranya, trek yang baru diturap balik itu masih belum menjalani proses homologasi.

Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro memberitahu Autosport bahawa pelumba MotoGP sudah sepakat berhubung isu keselamatan trek dan masing-masing akan membuat pemeriksaan sendiri Khamis ini sebelum membuat undian sama ada mahu berlumba atau tidak.

Kebanyakan kru paddock sepatutnya berlepas ke India pada semalam (Selasa, 19 September 2023) tetapi ramai gagal dan diusir dari penerbangan kerana gagal memperoleh Visa.

Antaranya, keseluruhan skuad Factory Honda, pelumba mereka termasuk juara dunia lapan kali, Marc Marquez. Malah Baby Alien juga berkongsi cerita itu menerusi media sosial dengan mengatakan:

Penerbangan tergendala disebabkan ketiadaan visa untuk ke India, jadi kitaorang pun nak kayuh kejap."

Beliau berharap dapat menaiki penerbangan ke India hari ini, itupun jika beliau dapat visa yang diperlukan. Terbaharu, Marquez dilaporkan sudah menerima visanya.

Pasukan lain seperti Ducati dan Aprilia sudah selamat berada di India tetapi ada tim lain masih tersangkut susulan isu visa.

Kemelut visa itu menyebabkan kekeliruan dan bermulanya acara tunding jari terhadap pebagai agensi yang bertanggungjawab membuat persiapan yang diperlukan. Ini termasuk pihak Eropah dan India.

Honda juga terpaksa membatalkan satu lawatan bersama pelumba mereka ke kilang di India hari ini disebabkan kemelut tersebut. Sejumlah media antarabangsa juga terlepas penerbangan disebabkan mereka juga gagal mendapatkan visa ke India.

SUMBER: Autosport

Related

13
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aleix Espargaro, autoterkini, GP India 2023, MotoGP, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev