• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) yang Sarat Aksesori untuk Peminat Kembara

Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) yang Sarat Aksesori untuk Peminat Kembara

September 22, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KHAS kepada Ducatisti yang sukakan kembara tanpa had dengan keselesaan dan keselamatan, Ducati membangunkan Multistrada V4 S Grand Tour (2024.

Model terbaharu dari Borgo Panigale itu lengkap dengan aksesori mengembara yang dikeluarkan sempena menyambut ulang tahun Ducati Multistrada yang ke-20.

Ducati sudah ada pilihan kembara istimewa sebelum ini, dan Multistrada V4 S Grand Tour (2024) menjadi pelengkap kepada penawaran V4 Pikes Peak dan V4 Rally.

Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) dibina berasaskan model S dengan aksesori penuh dan sistem Travel & Radar. Tidak perlu padan dan suai, model ini sarat dengan ciri asas seperti Kawalan Jelajah Adpatif (ACC), Pengesan Titik Buta (BSD), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), lampu LED tambahan dan tongkat tengah, manakala kotak tepi juga tidak perlu dibeli berasingan.

Model ini menampilkan grafik seragam dengan kapasiti tangki minyak 60 liter untuk jarak kembara yang jauh dan lama. Senarai ciri asas lain ialah grip hendal dan pelana dengan fungsi pemanas.

Penutup tangki jenis bebas tangan lebih praktikal untuk mengisi minyak kerana penunggang tidak perlu mengeluarkan kunci dari poket dan bekas untuk telefon pintar ada pengudaraan.

Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.10
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.14

Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) turut dilengkapi beberapa perkakasan yang sebelum ini diguna pada V4 Rally seperti hendal dipasang terus pada kepala stereng tanpa silent block untuk fiil tunggangan langsung. Pelana pembonceng menggunakan jenis seperti V4 Rally untuk sokongan optimum ketika tunggangan jarak jauh.

Bagi meningkatkan keselesaan dan mengurangkan kesan haba, model ini dilengkapi perisai haba pada swingarm dan sebelah kiri subfrem belakang, serta saluran boleh tutup pada kaki.

Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.18
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.17

Fungsi Prabeban Minimum membantu penunggang merendahkan motosikal ketika berhenti pada halaju rendah dengan mengurangkan prabeban absorber kepada tahap minimum.

Fungsi Easy Lift pula memudahkan penunggang mengalihkan tongkat sisi dengan membuka hidraulik suspensi ketika kunci diaktifkan (ON).

Sama seperti siri Multistrada V4 lain, Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) dilengkapi sistem navigasi berasaskan salinan telefon yang membolehkan panel meter TFT 6.5 inci memaparkan peta berwarna dan beberapa maklumat penting lain.

Dari segi penampilan, model ini menggunakan grafik khas pada badan dan pelana, frem, swingarm, plat stereng, kotak tepi dan hendal hitam.

Model advencer ini dibekalkan enjin 1,158cc V4 Granturismo yang menghasilkan kuasa 170hp @  10,500rpm, dan tork 125Nm @ 8,750 rpm.

Pakej elektronik terdiri daripada ABS Belok, Kawalan Wheelie Ducati (DWC), Kawalan Traksi Ducati (DTC), Lampu Belok Ducati (DCL) dan Kawalan Pegun Kenderaan (VHC). Sistem platform inersia sentiasa berkomunikasi dengan sistem kawalan suspensi semi aktif Ducati Skyhook Suspension (DSS).

Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.11
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.12

Sistem itu akan menganalisis kondisi tunggangan untuk melaras hidraulik sepit udang dan absorber serta-merta, yang mana buat pertama kali disepadukan dengan fungsi pelarasan automatik (autolevelling).

Sistem membuat pelarasan secara autonomi berdasarkan tetapan motosikal, dan melaras pelana kepada posisi bersesuaian dari jarak permukaan jalan mengikut konfigurasi tunggangan berbeza.

Walaupun dilengkapi pelbagai aksesori, pelanggan masih boleh mendapatkan pakej tambahan seperti pelana, set rendah dan beberapa pilihan visor angin. Ducati juga menawarkan pilihan beg tambahan, perkakasan gentian karbon dan aluminium, serta lampu isyarat LED dinamik.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Easy Lift yang Ada pada Ducati Multistrada V4 Rally, Multistrada V4 S?
BACA >>> Ducati Multistrada V2 S (2024) Pula Tampil Liveri Baharu, Pilihan Baharu Selain Ducati Red
BACA >>> Ducati SuperSport 950 S (2024) dengan Liveri Baharu, Strip Merah Tambah Karakter
BACA >>> Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!

Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.01
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.02
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.03
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.04
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.05
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.06
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.07
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.08
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.09
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.10
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.11
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.12
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.13
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.14
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.15
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.22
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.18
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.16
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.17
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.19
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.20
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.26
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.21
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.23
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.24
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.25
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.27
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024.28

Related

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Multistrada, Ducati Multistrada V4 S, Ducati Multistrada V4 S Grand Tour, Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024, Ducatisti, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev