• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Indonesia Dapat Kepercayaan Jepun, Mula Hasilkan Model Yamaha MT-07

Yamaha Indonesia Dapat Kepercayaan Jepun, Mula Hasilkan Model Yamaha MT-07

September 19, 2023 By Shawkath Leave a Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Corporation (YMC) akhirnya melantik Yamaha Indonesia untuk menjadi pangkalan pengeluaran untuk model Yamaha MT-07.

Pengumuman semalam itu menandakan kali pertama motosikal berkapasiti besar iaitu 700cc dihasilkan di negara republik berkenaan.

Sebelum ini, Yamaha Indonesia diberi kepercayaan untuk mengeluarkan dua juta unit motosikal untuk dieksport ke lebih 40 pasaran negara asing. Ini merangkumi model NMax, XMAX, siri R iaitu R15 serta R25. Kini, siri MT pula tersenarai dalam projek pengeluaran di Indonesia.

Presiden Direktor dan Ketua Pegawai Eksekutif Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Dyonisius Beti berkata:

Ini adalah momen bersejarah untu Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, menghasilkan motosikal besar pertama dalam kategori 700cc. Kami berbangga kerana ini adalah buatan Indonesia dan melakar sejarah baharu dalam industri motosikal Indonesia."

PELUANG KERJA BAHARU

Beliau menjelaskan YIMM mendapat kepercayaan YMC untuk penghasilan MT-07 sekali gus menyaksikan pemindahan teknologi tinggi kepada pekerja Indonesia. Ini juga membuka peluang pekerjaan baharu di situ.

YIMM sudah beroperasi hampir 50 tahun dan memenuhi standard kualiti pengilang global menerusi dua kilang mereka di  Pulogadung, Jakarta Timur dan Karawang, Jawa Barat.

SUMBER: AutoNetMagz

Related

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Dyonisius Beti, roda2, Yamaha Motor Corporation, Yamaha MT-07

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my