• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan LEAF Tukar Jadi Crossover Tahun Depan?

Nissan LEAF Tukar Jadi Crossover Tahun Depan?

September 19, 2023 By Han Othman Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIMBUL khabar angin mengatakan Nissan LEAF akan diubah daripada model hatchback kepada crossover atau kenderaan utiliti sukan (SUV).

Khabarnya model baharu itu akan ditayangkan di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023, tetapi tidak dapat disahkan kerana tidak penampakan foto intip yang kelihatan setakat ini.

Lakaran grafik berkomputer imaginasi Nissan LEAF Crossover.

Namun, ada kemungkinan crossover elektrik itu akan dipamerkan kepada umum sebagai model konsep.

Nissan LEAF ketika ini sebenarnya sudah berusia dengan enam tahun di pasaran. Justeru memang wajar model baharu diperkenalkan kepada umum.

Jika melihat tren sedia ada, Nissan LEAF Crossover ialah idea yang realistik. Tambahan lagi, Nissan belum memiliki crossover kompak dalam format kenderaan elektrik bateri (BEV).

Cuma ada Nissan Ariya yang berada dalam kategori SUV saiz pertengahan dengan panjang hampir 4.6 meter. Jadi, kehadiran LEAF Crossover akan memberi peluang kepada pembeli dan peminat Nissan memiliki SUV elektrik pada harga lebih terjangkau.

Nissan LEAF Crossover itu juga dikhabarkan akan debut di pasaran Jepun tahun depan (2024). Di Malaysia, wakil pengedar rasmim kenderaan Nissan di pasaran tempatan, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sudah sedia menawarkan hatchback Nissan LEAF pada harga RM168,888 pada Mac lalu.

Model itu juga ditawarkan secara langganan tanpa bayaran pendahuluan dengan ansuran bulanan RM1,800 selama tiga tahun, tidak termasuk penyenggaraan.

SUMBER: Creative311

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Crossover EV, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Nissan, Nissan LEAF, Nissan LEAF Crossover (2024), Roda4, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my