• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Kombi Type 2 Schulwagen Ini Tersimpan dalam Garaj 43 Tahun!

Volkswagen Kombi Type 2 Schulwagen Ini Tersimpan dalam Garaj 43 Tahun!

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DI EROPAH, ada banyak kereta tersimpan dalam garaj berpuluh tahun lamanya. Bukan saja kereta buatan Eropah, Proton Saga juga pernah dijumpai di Britain seperti yang tular sebelum ini.

Ini pula kisah model ikonik Volkswagen Kombi Type 2 yang dijumpai dalam sebuah garaj di Amerika Syarikat (AS).

Pada Hari Volkswagen Bus Antarabangsa 2023 di California, sebuah Kombi Type 2 Schulwagen 1955 milik Lind Bjornsen ditayangkan kepada orang ramai.

Van tersebut asalnya dibuat sebagai kenderaan latihan untuk pengedar Volkswagen, dan Kombi Type 2 milik Bjornsen itu dipercayai unit tunggal yang masih wujud.

Pada awal 50-an, Volkswagen dan Porsche adalah antara kenderaan yang diimport ke AS daripada ahli perniagaan dari Austria, Max Hoffman.

Volkswagen kemudian menamatkan kontrak Hoffman sebagai pengimport tunggal dan memulakan usaha menubuhkan Volkswagen of America pada 1954. Pengurusan di Wolfsburg, Jerman ketika itu mahukan sebuah organisasi khusus di AS bagi menjalankan perniagaan di pasaran kereta terbesar dunia itu.

Strategi Volkswagen berjaya dengan menguasai pasaran kereta import dalam tempoh 10 tahun dan pengeluar itu tahu untuk berjaya, mereka memerlukan rangkaian alat ganti dan servis sebagai sokongan kepada khidmat selepas jualan.

Pada 1954, wakil Volkswagen, Will Van De Kamp dan Geoffrey Lange menubuhkan rangkaian peniaga dan pengedar. Tahun berikutnya, ibu pejabat Volkswagen menghantar pekerja pertama dengan tiga pengajar dan beberapa unit Kombi Type 2 yang dilengkapi komponen istimewa sebagai kenderaan kepada pengedar dan melatih pekerja penyelenggaraan.

Seperkara menarik, dua unit pertama Kombi Type 2 tersebut dihantar ke Volkswagen of America sebelum syarikat itu ditubuhkan secara rasmi pada Oktober 1955.

Dari situ pasukan Kombi dengan kelengkapan istimewa atau dikenali Schulwagen berkembang kepada 14 unit dan pernah dirakamkan di depan lokasi pertama pejabat Volkswagen of America di Englewood Cliffs, New Jersey.

Ketika itu, Schulwagen ialah kenderaan Volkswagen termahal dengan kos lebih AS$5,000 (RM23,350), atau dua unit Kombi De Luxe 23 tingkap.

Schulwagen milik Bjornsen berada dalam garaj di Ohio selama 43 tahun sebelum dibelinya, yang juga seorang pengumpul dan peminat Volkswagen Bus.

Beliau juga berusaha mengenal pasti kondisi asal di sebalik 10 lapisan cat dan dari situ terdedah identiti sebagai Schulwagen untuk Sekolah Penyelenggaraan Bergerak Volkswagen. Kilang Volkswagen kemudian mengesahkan unit itu dikeluarkan dan dihantar kepada Volkswagen of America pada Januari 1955.

Ketika dibaik pulih, lapisan cat ditanggalkan hingga menampakkan lapisan asal yang menunjukkan grafik asal Volkswagen of Amercia.

Komponen mekanikal dibaik pulih dan peralatan dalaman dicari dan dihasilkan semula, manakala warna asal dibaiki dan logo dicat semula.

Keseluruhan proses baik pulih mengambil masa hampir lima bulan dan tempoh yang begitu singkat untuk projek sebegini berdasarkan usia dan perkakasan istimewa diperlukan.

Volkswagen Type 2 Schulwagen.07
Volkswagen Type 2 Schulwagen.06
Volkswagen Type 2 Schulwagen.05
Volkswagen Type 2 Schulwagen.01
Volkswagen Type 2 Schulwagen.04
Volkswagen Type 2 Schulwagen.02
Volkswagen Type 2 Schulwagen.03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Volkswagen, Volkswagen Kombi, Volkswagen Kombi Type 2, Volkswagen of America (VoA), Volkswagen Type 2, Volkswagen Type 2 Schulwagen, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev