• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / AFAZ Jadi Jenama Motosikal Nasional Baharu, Dapat Kerjasama Suzuki Jepun

AFAZ Jadi Jenama Motosikal Nasional Baharu, Dapat Kerjasama Suzuki Jepun

September 18, 2023 By Shawkath Leave a Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA motosikal nasional kedua Malaysia, AFAZ akan menggunakan komponen dibekalkan Suzuki Motor Corporation (SMC) dari Jepun.

Perkara itu diumumkan KMSB Sdn Bhd (KMSB) selepas memeterai perjanjian usahasama teknikal dan bekalan dengan SMC Jepun yang disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KMSB Logo-01
SUZUKI_Logo-01
afaz-logo

KMSB dalam kenyataan berkata, usahasama itu adalah kesinambungan daripada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Motosikal Jenama Tempatan (AM-2) bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 23 Ogos tahun lalu.

Ahmad Faez
Ahmad Faez
Toshihiro Suzuki
Toshihiro Suzuki

Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Eksekutif KMSB, Ahmad Faez Yahaya dan Presiden SMC, Toshihiro Suzuki. Berikut ringkasan:

  • Suzuki Jepun bersetuju membekalkan komponen penting kepada KMSB utnuk membangunkan motosikal AFAZ.
  • Inisiatif itu langkah penting dalam memangkin industri automotif dua roda di Malaysia.
  • Menyumbang keperluan kepakaran industri pembuatan tempatan.
  • Pemangkin industri vendor, pertumbuhan tenaga kerja dan pembangunan program industri berasaskan teknologi tinggi serta kemahiran yang memberi impak kepada pembangunan negara.

APA HARAPAN AFAZ?

  • AFAZ akan memimpin inovasi dan rekabentuk dalam industri motosikal dengan kepakaran Penyelidikan, Pembangunan,
    Pemasaran & Inovasi (RDCI) tempatan dengan menumpukan aspek kualiti, prestasi dan inovasi.
  • AFAZ berhasrat menjadi pemain utama dalam pasaran motosikal tempatan, sekali gus bersaing peringkat Asean dan global.

Kenyataan sama berkata;

Dengan menggabungkan pengalaman dan kepakaran 20 kakitangan RDCI, AFAZ berada dalam posisi terbaik untuk menarik perhatian peminat motosikal tempatan dan antarabangsa dengan menerapkan unsur estetika kontemporari dan moden dalam rekabentuk mereka.

"Aktiviti ini juga turut melibatkan aktiviti kejuruteraan yang menitikberat peraturan terkini antarabangsa UNECE (WP.29)."

Related

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: AFY Mobility Industries (AMI), Ahmad Faez Yahaya, Auto Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, KMSB Sdn Bhd, Suzuki Malaysia, Suzuki Motor Corporation (SMC), Toshihiro Suzuki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev