• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laporan Awal Nahas Elmina, AAIB Dedah Tiada Bukti Ketidakupayaan Juruterbang

Laporan Awal Nahas Elmina, AAIB Dedah Tiada Bukti Ketidakupayaan Juruterbang

September 15, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

LAPORAN awal siasatan nahas pesawat di Bandar Elmina di Shah Alam, menyatakan tiada bukti menunjukkan ketidakupayaan atau faktor fisiologi menjejaskan prestasi juruterbang hingga menjadi punca nahas.

Menurut Laporan Awal Kemalangan Pesawat dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) hari ini, juruterbang pertama (PIC) dan juruterbang kedua (Second In Command - SIC) mempunyai rehat mencukupi sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Berdasarkan keterangan saksi, PIC dilaporkan dalam keadaan baik pada malam sebelum kemalangan. Saksi juga mengatakan bahawa PIC berehat dengan baik sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi,” menurut laporan disiarkan laman web rasmi MOT, hari ini.

Pada 17 Ogos lalu, sebuah pesawat persendirian Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, Shah Alam yang mengorbankan 10 mangsa yang terdiri daripada lapan individu (enam penumpang dan dua krew), seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).

Laporan setebal 60 halaman itu juga menyatakan PIC sudah dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada, dan kedua-dua juruterbang memiliki sijil perubatan sah daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Laporan itu menyatakan PIC memperoleh Sijil Perubatan Kelas Pertama daripada FAA dengan had 'mesti menggunakan kanta corrective bagi memenuhi standard penglihatan pada semua jarak diperlukan' pada 24 Mac 2023 dan memegang Sijil Perubatan CAAM yang sah dari 6 Disember 2022 hingga 31 Disember 2023 dengan had 'VDL – sah hanya dengan pembetulan untuk penglihatan jauh yang rosak'.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beechcraft Model 390 (Premier 1), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Nahas Elmina, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika, Pesawat Ringan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my