• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Hibrid Yamaha RAYZR 125 Fi MotoGP Edition (2023) Lancar, Harga RM5.2k Sahaja!

Skuter Hibrid Yamaha RAYZR 125 Fi MotoGP Edition (2023) Lancar, Harga RM5.2k Sahaja!

September 14, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN Yamaha R15M dan MT-15 V2 MotoGP Edition, Yamaha Motor India turut melancarkan serentak skuter hibrid Yamaha RAYZR 125 Fi MotoGP Edition (2023) untuk pasaran negara itu.

Harga ditawarkan 92,330 rupee (RM5,200), sedikit lebih murah daripada varian Street Rally dalam model skuter itu yang berharga 94,830 rupee (RM5,345).

Perubahan dilakukan cuma terhada kepada aspek kosmetik menerusi liveri yang diilhamkan daripada jentera Yamaha MotoGP, YZR-M1 musim ini.

Dengan warna asas hitam, logo dan grafik penaja Yamaha MotoGP, Monster Energy dapat dilihat pada kedua-dua belah fairing sisi, manakala panel badan sisi dihiasi dekal biru, putih dan kelabu.

Skema warna baharu itu membuatkan gaya Yamaha RAYZR 125 ini nampak lebih sporty. Aspek mekanikal dikekalkan dengan:

  • Enjin 4-lejang 2-injap 125cc SOHC penyejukan udara dengan sistem Hybrid Power Assist (HPA) dan suntikan bahan api (FI) yang menghasilkan output kuasa 8.04hp dan tork 10.3Nm @ 5,000rpm.
  • Tinggi pelana 785mm. Jarak tinggi bumi 145mm. Berat 99kg, juga antara skuter paling ringan di pasaran India.
  • Rim aloi 12 inci dengan tayar tiubles 90/90 di depan, dan 110/90 (belakang). Kapasiti tangki minyak 5.1 liter.
  • Sistem suspensi fork teleskopik di depan dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek jenis bersepadu (UBS) dan jenis dram, tetapi ada opsyen brek cakera di depan kepada pembeli berminat.

 

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hybrid Power Assist (HPA), Roda, Skuter Hibrid, Yamaha Motor India, Yamaha RAYZR 125 Fi MotoGP Edition (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev