BENELLI RFS 150i, model moped pertama jenama Itali itu baru saja diperkenalkan secara rasmi dan dijual pada harga bermula RM6,988.
Sebagai makluman, Benelli RFS 150i ditawarkan dalam dua varian iaitu standard dan edisi terhad (SE).
Dari aspek mekanikal, model moped Benelli itu dipadankan dengan enjin 4-lejang bersesaran 149.8cc SOHC. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 15.5hp pada 8,500rpm dan tork puncak 13Nm (7,000rpm). Manakala kelajuan maksimum adalah sekitar 140 hingga 150kmj.
Biarpun hanya dikenali sebagai model moped, ia turut mematuhi tahap piawaian “EURO STANDARD” selain dilengkapi ciri-ciri utama seperti suntikan bahan api dan sistem penyejukan air.
BACA >>> Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R - Harga Bermula RM6,988
HARGA
- Benelli RFS 150i Standard - RM6,988
- Benelli RFS 150i SE - RM7,338
* Harga tidak termasuk GST dan insurans.
PESAING
- Yamaha Y15ZR - 15hp, 13.8Nm, 5-kelajuan, 115kg, RM7,999
- Honda RS150R - 15.4hp, 13.5Nm, 6-kelajuan, 123kg, RM8,213
Bagi anda yang sedang merancang mahu membeli Benelli RFS 150i, jom kita layan dulu foto yang kami sempat ambil tadi. Layan...
BACA >>> Moped 150 Modenas Tak Jadi Jual?
BACA >>>Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…
Mohd zazali mahadi says
Memang terbaik
Buncit bergaya says
Nasi dah jadi bubur kalau tau order bennelli je mur mur je.. Ni dah order rs dah la moto saja rm9.6k*matteblue* hareyy..
abe zaini says
better honda 150 lagi la bro....pendapat saya la...
tayarbotak says
150cc buatan eropah bawah rm 7000.!!
memang gilerr..!!
Mohd Norhisham bin Hamzah says
Design, features serta harga sudah menggugat di situ...selebihnya terserah pada poket, hati nak pilih yang mana...pengedarnya pun bukan calang2. Keyakinan lebih tinggi untuk model ini.
Mas Muslim says
congratulation
SOFI says
MOTOR BENALLI RFS 150 NI ADA PENGHIDUP TENDANG TAK? SEBAGAI PILIHAN KALO BATTERI KONG?
danial says
ade kick starter
Iz says
Takda..jangan risau..y15 pun takda kick starter
idlan izuddin says
Kalau motor jenis fuel injector kalau bateri Kong pon takleh jalan
abe zaini says
x ada kick starter...agak susah kalau bateri kong..nasib la....
Latiff says
Very smart design ****
khairul azdmi bin ghazali says
i make nice choice.. dah beli yamaha y15 dah kena tapau
ayoy says
tapi kene igt ye sparepart benelli mti mahal n after market mti turun giler hrga tu...
Azman says
Kenapa ye?
fairol says
moto jenama itali bukan import dari itali..moto ni pon di pasang di peneng...so sparepart biasa2 je, xde la mahal melampau n susah cari
biskut says
ak rse smue jnis moto sama ja... sparpart n aftermrkt... jnji poket lebat... nk mur pkai beskal..
Akmal says
Pakai basikal pun mahal hehe kalah harga motor
Surita Angah says
nk tanya area langkawi ada x motor rfs?
haikal says
Sy dok langkawi..dan sy pakai benelli ni.. Tp sy nli kat jitra moto ni.. Langkawi x taw la ada ka x..
asroy says
sy nak beli motor 150cc adakah benelli pilihan terbaik
Shahniaz says
Ni moto mmg kuar xde bakul ke...? Atau bole gune mto lain pny.. pls sp2 yg lbh arif bab mto ni...
Amran says
Moped pakai bakul? Biar betul!
haikal says
Ada bakul moto aku ada bakul.. Hahah
Muhammad says
Ada clutch ke motor ni?
Hilmi says
Ape perbezaan benelli 150 ngn honda 150 bro.. nk cari 1 moto la.. tp masih dlm dilema.. tgk harga benilli mcm ok.. tp beza masalah dua2 moto ni sy x tau.. nk kne tgk jgk tu
Mohd Azlan Ab Halim says
Kalau benelli pakai bakul boleh jd motor Thailand terus haha.
Mt says
rugged ta' rugged , ada bakul pun rugged
Mt says
Ta' kan ta' boleh bubuh bakul , mesti ada punya , bukan semua org muda yg pakai moped , org tua pun nak jugak , hi3 , boleh bawak pergi belanja beli sayur ikan , kan kan kan , ,🤒🤒🤒