SELAIN KTM 390 Duke (2024), KTM India turut melancarkan streetbike 250 Duke (2024) yang menerima pembaharuan mekanikal untuk prestasi tunggangan lebih baik pada harga 239,000 rupee (RM13,490).
Ada dua warna pilihan ditawarkan: Electronic Orange (jingga) dan Ceramic White (putih). Tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah 4,499 rupee (RM250). Berikut pembaharuan KTM 250 Duke (2024):
- Menerima teknologi ride-by-wire dan Quickshifter dwi-arah sebagai standard, manakala ciri klac antigelincir kekal sama seperti model terdahulu.
- Konsol butang kawalan baharu pada bar hendal.
- Casis trellis baharu dengan subfrem aluminium tempa. Rim dan sistem brek serba baharu membuatkan model generasi ketiga ini lebih ringan dengan berat 162.8kg berbanding model lama (170kg).
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 249cc penyejukan cecair dan kotak angin lebih besar.
- Output kuasa dipertingkat kepada 30.57hp dan tork 25Nm (model sebelum: 24.6hp dan 24Nm).
- Enjin menerima pembaharuan rekabentuk kepala silinder dan tetapan transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Panel meter LCD 5 inci dan dilengkapi sambungan Bluetooth, navigasi arah-ke-arah, akses muzik dan panggil masuk telefon. Juga disediakan port pengecas USB Type-C.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) WP APEX 43mm (depan),dan monoshock WP APEX boleh laras prabeban 10-tetapan (belakang).
- Sistem brek cakera tunggal 320mm (depan), dan cakera tunggal 240mm (belakang).
- Dilengkapi ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), ABS Belok, mod Track, Kawalan Luncur dan ciri lain.
Leave a Reply