• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jepun Rancang Klasifikasikan Motosikal 125cc Sebagai Basikal Bermotor

Jepun Rancang Klasifikasikan Motosikal 125cc Sebagai Basikal Bermotor

September 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


AGENSI Polis Kebangsaan Jepun (NPA) awal bulan ini mengumumkan rancangan menilai semula klasifikasi kenderaan membabitkan beberapa jenis motosikal.

NPA turut menghimpunkan sekumpulan pelbagai pakar, jurulatih, kakitangan industri dan golongan akademik untuk mengkaji sama ada motosikal yang menghasilkan 4KW (kira-kira 5.36hp) atau lebih rendah dan berkapasiti bawah 125cc layak diklasifikasikan semula sebagai 'basikal bermotor'.

Di Jepun, skim lesen adalah secara berperingkat yang mana penunggang boleh mendapat lesen motosikal standard seawal umur 16 tahun, atau lesen motosikal kapasiti tinggi pada usia 18 tahun.

Semua pemegang lesen memandu sah, sama ada dua atau empat roda layak secara sah mengendalikan kenderaan kelas basikal bermotor di Jepun bermula September 2023.

Mesyuarat pertama kumpulan itu diadakan pada 11 September lalu dan NPA merancang mengadakan tiga hingga empat lagi pertemuan tambahan sepanjang tahun ini untuk mengumpul saranan kumpulan berkenaan ketika melakukan kajian, temu bual pemandu dan penunggang motosikal serta maklum balas pihak berkepentingan dalam masyarakat.

KLASIFIKASI SEMULA KENDERAAN

Pada 11 September lalu, NPA mendefinisi semula kenderaan seperti berikut:

  • Basikal Bermotor: Kenderaan dua dan tiga roda atau lebih:- Jumlah kapasiti 0.050 liter (50cc) atau kadar output 0.60kW (0.8hp); Kenderaan lain:- Jumlah kapasiti enjin 0.020 liter (20cc) atau kadar output 0.25kW (0.33hp).
  • Motosikal Besar: Kenderaan dua roda (termasuk kenderaan dengan sidecar) dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) kapasiti lebih 0.400 liter (400cc), yang bukan motosikal besar khas atau kenderaan bermotor kecil khas.
  • Kenderaan Bermotor Besar Khas: Peralatan pembinaan am seperti kenderaan mengasfalt (asphalt finisher) atau lori pembuang, snowplow atau peralatan agrikultur.
  • Kenderaan Bermotor Kecil Khas: Memiliki saiz khas dan tidak boleh melebihi kelajuan 15kmj.

NPA mendefinisikan motosikal standard sebagai apa-apa motosikal yang tidak tergolong dalam kategori kenderaan bermotor besar khas, motosikal besar atau kenderaan bermotor kecil khas. Secara ringkas, motosikal standard adalah bawah 400cc.

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA), Auto Terkini, Basikal Bermotor, lesen motosikal Jepun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my