• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tesla Model 3 (2024) Kini Ada Indikator Titik Buta, Tiada Lagi Tuil Signal Belok

Tesla Model 3 (2024) Kini Ada Indikator Titik Buta, Tiada Lagi Tuil Signal Belok

September 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA tahu, Tesla ialah model kenderaan elektrik (EV) canggih yang mendahului banyak pesaing lain di pasaran. Tetapi, ramai tidak tahu EV jenama itu tidak dilengkapi satu ciri keselamatan popular yang wujud sejak dua dekad lalu, iaitu indikator titik buta.

Situasi itu akhirnya berubah menerusi ketibaan Tesla Model 3 (2024) versi dipertingkat. Bagaimanapun, indikator itu tidak diposisi pada cermin sisi seperti kebanyakan kenderaan lain.

Tesla memilih menempatkan indikator titik buta dalam atas gril pembesar suara pada pilar-A sebelah pemandu. Ini posisi yang agak pelik, tetapi kedudukan tersebut masih memudahkan pemandu.

Walaupun ini kali pertama Tesla memuatkan indikator titik buta pada kenderaan jenama tersebut, pengeluar EV itu sebenarnya ada memikirkan mengenai isu zon titik buta.

Sejak bertahun lama, Tesla menggunakan kamera sisi untuk memaparkan imej di sebelah kereta apabila signal selok diaktifkan. Sama seperti beberapa model Hyundai dan Kia, atau Honda menerusi ciri Honda LaneWatch.

Malah bunyi amaran akan berbunyi ketika pemandu Tesla cuba menukar lorong jika ada kenderaan lain di sebelah.

Selain tambahan indikator titik buta, ada beberapa perubahan didatangkan pada Tesla Model 3 (2024), iaitu sistem pencahayaan ambien dan kerusi ventilator dalam kabin. Stereng juga kini ada integrasi kawalan yang membolehkan Tesla menggugurkan tuil signal belok.

Tesla Model 3 (2024) juga tiada tombol pilih gear. Jadi, pemandu hanya boleh menggunakan skrin sentuh pada unit infotainment untuk memilih tetapan Drive (pandu), Reverse (undur) atau Park (parkir).

BACA >>> Minyak Rambut Punca Penyandar Kepala Tesla Model 3 Melepuh, Tapi Tiada Waranti
BACA >>> Stesen Tesla Supercharger Pavilion KL Kini Dibuka kepada Pemilik Tesla!

SUMBER: CarScoops

Related

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Indikator titik buta, Roda4, Tesla Model 3, Tesla Model 3 (2024), Tuil Signal Belok

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my