• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kereta Jenama Sendiri? WAE Technologies Tawar EVRh, Platform Prestasi Tinggi Guna Hidrogen!

Kereta Jenama Sendiri? WAE Technologies Tawar EVRh, Platform Prestasi Tinggi Guna Hidrogen!

October 16, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TAHUKAH anda di pasaran sekarang sudah ada kereta elektrik yang menggunakan sel bahan api hidrogen (fuel cell hydrogen) seperti Toyota Mirai dan bas awam di Sarawak selain kenderaan komersial di beberapa negara.

Teknologi Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api (FCEV) memang menjadi perhatian beberapa pengeluar kereta ternama.

Bagaimana pula kereta prestasi tinggi? WAE Technologies (WAE) sudah mempamerkan EVRh iaitu platform kenderaan elektrik (EV) sel bahan api prestasi ultra tinggi.

Dihasilkan WAE di Oxfordshire, Britain, platform itu menggabungkan pengalaman kejuruteraan kenderaan dan trenkuasa mendalam serta sistem sel bahan api hidrogen (H2) dalam pakej inovatif. Pelancaran EVRh genap setahun selepas pengenalan platform elektrik EVR.

WAE Technologies (WAE)

WAE, atau asalnya Williams Advanced Engineering ialah jabatan bawah Williams Grand Prix Engineering Limited sebelum dimiliki Fortescue dari Australia pada Mac 2022.

Sebagai syarikat perkhidmatan kejuruteraan, WAE menawarkan platform sebagai penyelesaian siap guna kepada syarikat pemula (start-up) dan pengeluar peralatan asli (OEM) yang dapat menjimatkan kos dan masa pembangunan.

Syarikat dan perkhidmatan begini adalah jawapan kenapa sesebuah pengeluar baharu mampu menghasilkan produk hebat dan menyaingi pengeluar tradisional.

EVRh

WAE EVRh 2023.02
WAE EVRh 2023.06

Sistem bahan api H2 dibangunkan dengan rakan kerjasama dan dipadan bersama teknologi integrasi dan elektrifikasi WAE.

Tenaga elektrik dihasilkan menerusi reaksi kimia antara hidrogen dan oksigen dalam susunan (stack) atau kekotak bahan api. H2 seperti dalam gambar disimpan dalam tangki.

Tangki bahan api H2 prestasi tinggi menggunakan struktur komposit ringan dan sistem bateri dipasang di tengah kereta bagi mengoptimum pusat graviti.

Rekabentuk platform anjal membolehkan pengeluar menghasilkan pelbagai varian seperti model litar dengan nisbah kuasa kepada berat dimaksimumkan.

Pengeluar juga boleh menawarkan model jalanan dalam bentuk bumbung terbuka (Targa), atau bumbung biasa dengan gaya badan grand tourer (GT).

Kepelbagaian tersebut dapat dibuat selepas tab tengah platform direka sejak awal untuk variasi gaya badan selain perkakasan aerodinamik dengan fungsi aktif (boleh laras automatik atau elektrik). Pacuan semua roda (AWD) dan roda belakang (RWD) pula menggunakan pelbagai tetapan motor elektrik.

Pek bateri FCEV canggih penyejukan cecair menghasilkan kuasa 430kW (577hp) dan kombinasi sel bahan api hidrogen 120kW berupaya menghamburkan output kuasa setinggi 550kW (738hp).

Pecutan 0-100kmj boleh dicapai bawah 2.5 saat, yang mana pusingan di Nürburgring dianggarkan bawah 7 minit 20 saat.

Selain trenkuasa hibrid hidrogen, WAE juga menawarkan keseluruhan khidmat kejuruteraan dan pemasangan. Manfaatnya, masa dan kos fasa pembangunan hingga pelancaran ke pasaran dapat dikurangkan dengan signifikan.

WAE EVRh 2023.01
WAE EVRh 2023.02
WAE EVRh 2023.03
WAE EVRh 2023.04
WAE EVRh 2023.05
WAE EVRh 2023.06

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, WAE, WAE EVRh, WAE Technologies (WAE), Williams Advanced Engineering

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev