MAZDA CX-5 generasi kedua diperkenal pada November 2016, manakala model versi dipertingkat (facelift) menerima giliran pada September 2021.
Tanda-tanda model pengganti kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu belum kelihatan dan Mazda sebenarnya sudah memperkenalkan dua lagi model baharu, CX-50 pada November 2021 dan CX-60 (Mac 2022).
Menariknya, kedua-dua model itu membawa konsep berbeza, yang mana Mazda CX-50 tampil lasak (rugged) untuk gaya hidup luar dan aktif, manakala Mazda CX-30 lebih premium. Kedua-duanya juga sedikit besar berbanding Mazda CX-5.
Nampaknya, hayat produk Mazda CX-5 generasi kedua masih bersambung selepas Mazda baru saja memperkemaskan model itu untuk pasaran Jepun.
Mazda CX-5 ialah model penting kerana mewakili satu pertiga jualan global jenama itu. Justeru tidak menghairankan kenapa model tersebut terus dijual. Tempahan untuk pelanggan di Jepun juga sudah dibuka dan edaran dijadualkan pertengahan Oktober.
Selain Black Tone Edition dan Sports Appearance (foto atas) yang popular dalam kalangan pelanggan Jepun, Mazda turut memperkenalkan satu lagi edisi baharu, iaitu Retro Sports Edition yang membawa konsep retro moden.
Mazda CX-5 versi Jepun memiliki sejumlah varian unik seperti 20S Smart Edition, 25S Sports Appearance, XD Field Journey dan XD Exclusive Mode.
Ada tiga pilihan enjin, iaitu SkyActiv-G 2.0, Sky Activ-G 2.5 dan SkyActiv-D 2.2 dalam pacuan dua roda (FWD) atau empat roda (4WD). Berikut perubahan Mazda CX-5 versi Jepun:
Semua varian
- Warna baharu Platinum Quartz Metallic.
Mazda CX-5 Exclusive Mode
- Corak gril bentuk vertikal (berbanding melintang pada varian lain) dalam warna gunmetal.
- Kemasan perak pada bampar.
- Gerbang roda sama warna badan.
- Rim aluminium 19 inci warna kilauan perak gelap.
- Corak sarang lebah perak pada panel instrumen dan pintu.
- Sulaman kelabu lembut pada kerusi, konsol tengah, perehat tangan dan pad lutut.
Mazda CX-5 Sports Appearance
- Corak gril vertikal warna hitam kilat.
- Kerusi pemandu dan penumpang dengan fungsi ventilasi.
Mazda CX-5 Field Journey
- Corak gril horizontal.
- Paip dan sulaman kerusi kelabu lembut.
- Kulit sintetik dengan lelubang pada permukan kerusi.
- Bingkai ventilator penyaman udara krom satin.
Mazda CX-5 Retro Sports Edition (model asas Black Tone Edition)
- Warna Zircon Sand Metallic.
- Cermin sisi, rim dan sayap gril hitam.
- Warna dalaman terracota dan hitam.
- Sulaman terracota dan fabrik Leganu seakan sued pada tengah kerusi.
Harga
Daripada varian di atas dan juga di Jepun, Mazda CX-5 2.2L diesel XD Exclusive Mode 4WD adalah paling premium dengan harga 4,225,100 yen (RM135,120).
Mazda CX-5 2.0L 20S Retro Sports Edition 2WD pula berharga 3,426,500 yen (RM109,550), manakala model termurah ialah Mazda CX-5 2.0L 20S Smart Edition 2WD yang berharga 2,909,500 yen (RM92,990).
BACA >>> Mazda CX-50 (2022) Diperkenal dengan Imej Lebih 'Rugged'!
BACA >>> Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Menang Anugerah Inovasi TopGear.com!
BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!
BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm
Leave a Reply