PELUMBA negara, Mohd Zaqhwan Zaidi memulakan musim 2017 dengan cemerlang apabila memenangi Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc, Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 24'48.515s mengatasi pelumba muda pasukan Rama Honda by NTS T. Pro Ten 10, Taiga Hada dengan kelebihan 0.739s diikuti Yuki Ito (Yamaha Racing) di tangga ketiga dengan masa 24'52.067s.
Manakala seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki) menamatkan saingan di tempat keempat dengan masa keseluruhan 24'56.546s.
UNDERBONE 150CC – Honda RS150R LEBIH POWER
Persaingan bagi kategori Underbone 150cc menyaksikan Fakrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) dinobatkan sebagai juara melalui penentuan kamera photo finish dengan perbezaan hanya 0.004s mengatasi pemenang tempat kedua, Md Akid Aziz (Uma Racing Yamaha Maju Motor).
Fakhrusy menamatkan perlumbaan dengan masa 14'55.380s sekaligus mendahului kedudukan keseluruhan manakala Akid kedua dengan masa 14'55.384s. Tempat ketiga milik rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues yng menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14'55.663s.
BACA >>>Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…
Leave a Reply