• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!

Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!

September 22, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUAT pertama kali Lotus menampilkan kereta hiper grand tourer (GT) 4-pintu, dinamakan Lotus Emeya (2024) Model ini ialah pahlawan baharu untuk bersaing dengan model elektrik seperti Porsche Taycan dan Audi e-tron.

Lotus semakin jelas dalam pasaran massa selepas memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Eletre yang menerima sambutan baik.

Lotus tidak memperinci spesifikasi secara mendalam, kecuali memaklumkan Lotus Emeya (2024) dijana dwi-motor kuasa tinggi yang boleh memecut 0-100kmj bawah 2.8 saat , sekali gus meletakkan  meletakkan model ini antara  GT elektrik terpantas dunia.

Kelajuan maksimum mencapai lebih 250kmj, manakala jarak pemanduan setara Eletre, atau sekitar 600km.

Mengecas menggunakan pengecas pantas (DC) 350kW, tambahan tenaga kepada 80 peratus dapat diperoleh dalam masa 18 minit, dan hanya 5 minit untuk mendapatkan jarak 150km.

Lotus Emeya 2024.11
Lotus Emeya 2024.12

Menjadikan kereta stabil ketika memecut ialah ciri aerodinamik aktif seperti gril depan, difuser dan spoiler belakang. Spoiler dua lapis mempunyai lebar 296 mm atau tambahan 100mm daripada Eletre dengan daya mendap lebih 215kg.

Lotus menamakan ciri aerodinamik dan pusat graviti (CoG) rendah sebagai hyperstance yang berfungsi meningkatkan kestabilan pemanduan selain menjadi standard baharu dalam segmen GT untuk kecemerlangan pemanduan dan pengendalian.

Lotus Emeya (2024) dilengkapi sistem suspensi udara kawalan elektronik dengan sensor canggih yang mencerap jalan raya 1,000 kali sesaat dan membuat pelarasan automatik untuk pemanduan lancar.

Lotus Emeya 2024.06
Lotus Emeya 2024.05

Selari tema alam sekitar, Lotus Emeya (2024) menggunakan bahan lestari seperti serat kitar semula daripada industri fesyen. Lotus turut menggunakan PVD (physical vapour deposition) aluminium, Alcantara, kulit Nappa dan Ultrafabrics PU.

Bagi memastikan setiap penumpang menikmati bunyi berkualiti, sistem audio dibangunkan bersama KEF, terdiri daripada rekaan pembesar suara Uni-Q dan subwufer Uni-Core. Juga dilengkapi sistem bunyi keliling 3D Dolby Atmos yang kali pertama digunakan pada Eletre.

Selain bunyi dalaman, Lotus Emeya (2024) turut menggunakan sistem pembatalan bunyi jalan bersepadu (RNC) supaya pemandu dan penumpang tidak terganggu bunyian luar.

Dari segi reka bentuk, model ini membawa pengaruh model baharu Lotus seperti ditunjukkan pada Eletre, tetapi dalam pakej GT. Hasilnya adalah rekabentuk tersendiri bagi menyaingi model lain dalam segmen GT elektrik.

Ciri digunakan juga berlawanan prinsip Lotus yang ringkas dan ringan. Apapun, Lotus kini sudah meletakkan kaki dalam segmen premium yang juga satu langkah realistik.

Spesifikasi Lotus Eletre (2024)

TrenkuasaPacuan semua roda sepenuh masa dengan Lotus ICC (pembahagian tork pintar)
Motor elektrik depan/belakangMagnet kekal
Transmisi depan/belakangKelajuan tunggal/2-kelajuan
Kuasa (kW/hp)Sehingga 675kW/905hp
Tork maksimum (Nm)Sehingga 985Nm
Kelajuan maksimum (kmj)256
0-100kmj (saat)2.78
80-120kmj (saat)< 2.0
Kapasiti bateri (kWj)102

Lebih maklumat akan didedahkan pada suku keempat dan pengeluaran dijadual pada 2024.

BACA >>> Jualan Lotus Menyinar, Raih 17k Tempahan, Lebih 2k Emira Dikeluarkan!
BACA >>> Semua Lapan Unit Lotus Evija Fittipaldi (2023) Sudah Habis!
BACA >>> Lotus Emira (2022) Lancar di Malaysia! Harga Mula RM1.13j, Langkawi Semurah RM457k!

Lotus Emeya 2024.01
Lotus Emeya 2024.02
Lotus Emeya 2024.03
Lotus Emeya 2024.04
Lotus Emeya 2024.05
Lotus Emeya 2024.06
Lotus Emeya 2024.07
Lotus Emeya 2024.08
Lotus Emeya 2024.09
Lotus Emeya 2024.10
Lotus Emeya 2024.11
Lotus Emeya 2024.12
Lotus Emeya 2024.13
Lotus Emeya 2024.14

Related

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kereta Hiper GT Elektrik, Lotus, Lotus Emeya, Lotus Emeya (2024), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev