• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tambang Feri Baharu Pulau Pinang Mula Hari Ini, RM1 hingga RM2.50 Sahaja

Tambang Feri Baharu Pulau Pinang Mula Hari Ini, RM1 hingga RM2.50 Sahaja

September 7, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


TINJAUAN pengguna mendapati kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang bermula hari ini sebagai berpatutan dan sepadan dengan perkhidmatan ditawarkan.

Tinjauan Bernama di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth mendapati kebanyakan pengguna menerima baik kadar tambang bermula RM1 hingga RM2.50 sehala itu.

Seorang pengguna feri, Ahmad Noor Omar, 55, berkata, harga tambang feri baharu yang dikenakan tidak membebankan kerana keadaannya kini lebih selesa dan baik berbanding feri lama.

Pada saya harga tambang yang dikenakan berpatutan, malah sekarang feri baharu ini juga selesa dan ada penyaman udara semua ... tempat duduk pun baik, malah perjalanan ambil masa 10 minit saja setiap hala.

"Kalau feri lama dulu, hampir 30 minit juga setiap perjalanan dan kalau kita tengok bukan saja keadaan dalam feri selesa, tapi tempat menunggu juga selesa ... (kekerapan) feri baharu ini pun cepat, kami tak perlu menunggu lama untuk setiap feri," katanya.

Dini Rahman, 27, yang tinggal di Tasek Gelugor pula berkata, dia sekeluarga mengambil peluang menaiki feri dengan suami dan anak perempuan bagi merasai suasana dan pengalaman menaiki feri baharu.

"Dulu memang selalu naik feri lama kerana berulang-alik kerja dan hari ini memang nak naik feri baharu, tambang pada saya murah dan berpatutan," katanya.

Seorang penunggang motosikal yang mahu dikenali sebagai Lim, 40, berkata, dia  memilih menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang-alik dari pulau ke seberang dan sebaliknya, walaupun perlu membayar RM2.50 sehala kerana lebih selamat.

Hari ini baru mula bayar, pada saya harga okay kerana perkhidmatan (feri) baru dan yang penting naik feri ini boleh relaks sikit sebab kita duduk saja tahu-tahu sudah sampai ... kalau guna jambatan walaupun percuma tapi (ada risiko) bahayalah," katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta.

Semalam, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan berkenaan dalam kenyataan memaklumkan kadar tambang perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa hari ini bermula serendah RM1 hingga RM2.50 sehala.

Tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki berusia 12 tahun ke bawah, manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas pula dikenakan tambang RM2.

Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga dikenakan caj RM2, manakala penunggang motosikal perlu membayar tambang RM2.50.

PPSB turut menyediakan pas bulanan yang menawarkan diskaun kepada pengguna setia feri, iaitu pejalan kaki yang memegang MyKad sebanyak 50 peratus hingga 31 Disember nanti. Selepas itu, diskaun 30 peratus bermula 1 Januari 2024.

Inisiatif ini bertujuan memberi lebih nilai tambah dan kemudahan kepada penumpang setia feri.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Feri Baharu Pulau Pinang, Feri Pulau Pinang, Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Penang Port Sdn Bhd (PPSB), survei, Tambang Feri Baharu Pulau Pinang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev