AUTOMOBILI Lamborghini melancarkan super sport V12 hibrid plug-in HPEV (kenderaan elektrik prestasi tinggi) pertama, Lamborghini Revuelto (2023) di Malaysia sempena ulang tahun ke-60 jenama itu.
Model super sport HPEV itu menggabungkan kuasa enjin V12 dan teknologi hibrid canggih untuk memberikan pengalaman pemanduan terbaik buat peminat Lamborghini sedunia.
Berikuta spesifikasi Lamborghini Revuelto (2023):
Enjin
- Dijana enjin tengah aspirasi natural (NA) 12-silinder V12 baharu 6.5L dengan tiga motor elektrik bersama transmisi dual-klac (DCT) yang menghasilkan output kuasa 1,001hp (1,015cv).
- Trenkuasa menggabungkan elemen kuasa spesifikasi tinggi menerusi dua motor fluks depan untuk nisbah berat-kepada-kuasa cemerlang dengan satu motor elektrik fluks radial yang diposisi atas transmisi DCT 8-kelajuan pertama diperkenalkan pada enjin 12V Lamborghini.
- Tiga motor elektrik dikuasakan pek bateri litium-ion kuasa spesifik tinggi 4500W/kg yang turut menyokong mod elektrik penuh.
- Material gentian karbon bukan saja digunakan pada monofiuslaj (monofuselage) dan frem, tetapi juga semua kerja badan daripada pintu dan bampar untuk berat badan ringan serta mendapatkan kuasa enjin terbaik.
- Pecutan 0-1ookmj sepantas 2.5 saat dan 0-200kmj pula kurang 7 saat, manakala kelajuan maksimum 350kmj.
- Lamborgini turut memperkenal pemvektoran tork elektrik dan pacuan empat roda (4WD) dalam mod pandu elektrik penuh untuk kualiti pemandu terbaik di trek dan jalan raya biasa.
Luaran
- Mengambil ilham elemen aeroangkasa dengan permukaan diukir yang dikelilingi dua garis dari depan, melibatkan kabin dan enjin, yang meruncing ke bawah hingga ekzos bentuk heksagon.
- Bermula dengan prototaip Countach 1971 dengan proporsi sempurna aras garis bujur lurus, Lamborghini Revuelto (2023) direka dengan gaya tulen dan penting dalam era Zaman Angkasa (Space Age).
- Menerusi Revuelto, Lamborghini memperkenalkan Perlumbaan Angkasa (Space Race) baharu dengan proporsi Diablo dan bilah apung pada fender belakang, serta elemen maskular dan depan condong daripada Murcielago.
- Elemen aeroangkasa diadun harmoni dengan maskulariti kehaiwanan bermula dari depan menerusi seksyen hidung jerung pada bonet gentian karbon monolitik lebar yang menyerlahkan ciri kuasa dan kelajuan.
- Kluster lampu utama dengan lampu siang (DRL) bentuk Y memberikan gaya rekabentuk Lamborghini kontemporari tersendiri dalam frem gril bilah aerodinamik yang menyambungkan spliter kepada bonet.
- Sirip sisi terletak di sebelah gerbang roda depan berfungsi menyalurkan aliran udara sepanjang sisi dan lekuk pintu ke ambilan udara sisi dalam bentuk busur.
- Bahagian bumbung memberikan ekstra ruang lega kepala dengan kualiti estetika dan fungsi aerodinamik spesifik dengan menyalurkan udara ke sayap belakang. Pada masa sama membernarkan banyak ruang kepala bagi penumpang dalam kabin.
- Bahagian belakang dikhaskan untuk trenkuasa hibrid V12 dengan enjin bujur terdedah penuh yang menampakkan nadi kuasa Revuelto (2023) dan secara visual dilihat bersambung dengan dwi-ekzos heksagon.
- Juga kelihatan sayap geometri yang turut menjadi bingkai kluster lampu belakang bentuk Y.
- Y ialah ciri rekabentuk dalaman berorientasi pemandu yang dipengaruhi falsafah 'fiil macam juruterbang' (feel like a pilot).
- Ada 400 warna badan boleh dipilih pelanggan mengikut cita rasa peribadi.
DALAMAN
- Sama seperti luasran, ruang dalaman turut menampilkan rekabentuk futuristik dalam setiap aspek dengan menggabungkan keseimbangan sempurna antara pengelaman fizikal dan digital dalam pemanduan harian dan persekitaran trek.
- Visual tengah menempatkan profil gentian karbon dengan rekabentuk 'pasawat angkasa' yang dapat dilihat pada ventilator udara tengah dan unit infotainment skrin sentuh vertikal 8.4 inci.
- Pemandu dan penumpang sebelah dapat melihat maklumat sama menerusi kluster instrumen digital 12.3 inci untuk pemandu dan 9.1 inci pada papan pemuka sebelah penumpang.
- Tiga skrin digital dan tanpa butang fizikal, ciri baharu ini memberikan lebih konsentrasi buat pemandu, sama seperti jentera lumba. Stereng diilhamkan daripada dunia lumba dan pengalaman diperolah Essenza SCV12.
BACA >>> Himpunan Lamborghini Terbesar Malaysia Cipta Rekod Baharu
BACA >>> Mitsubishi Xforce (2024) Tiru Lamborghini Urus? Ini Penjelasan Orang Kuat Mitsubishi...
Leave a Reply