• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 450 Rally Replica (2024) Diperkenal, Khas untuk Menang Rali Dakar!

KTM 450 Rally Replica (2024) Diperkenal, Khas untuk Menang Rali Dakar!

September 7, 2023 By Aryon Leave a Comment

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM mendedahkan model baharu KTM 450 Rally Replica (2024) yang mensasarkan penunggang yang mahu menakluk pentas rali Dakar tanpa pasukang kilang.

Idea di sebalik pembangunan motosikal ini adalah membantu penunggang meraih ranking atasan Dakar yang mana pasukan kilang sudah melakukan banyak kerja dan maklum balas pada motosikal berkenaan.

Justeru KTM 450 Rally Replica (2024) dinaik taraf untuk tunggangan lebih mudah dengan geometri lebih mesra penunggang dan lebih selesa.

Motosikal ini dibina menggunakan casis lumba dan dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 450cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) dan transmisi manual 6-kelajuan, sama seperti jentera rali kilang yang pasti memberikan prestasi terbaik.

Bagi menaikkan prestasi keseluruhan, KTM turut memasangkan ekzos lumba Àkrapovic dengan deruman enjin kuat, manakala sistem suspensi fork terbalik (USD) WP XACT Pro Cone Valve 48mm dengan kartrij ditutup di depan dan monoshock WP XACT Pro (belakang) yang kedua-dua unit jenis boleh laras penuh.

Kapasiti tangki minyak standard 16 liter, tetapi digandakan pada subfrem kepada 33 liter. Berat kering cuma 139kg. Tinggi pelana 960mm dan jarak tinggi bumi 312mm.

Swingarm aluminium ultra-ringan. Brek cakera tunggal 300mm di depan dan cakera tunggal 240mm di belakang.

KTM 450 Rally Replica (2024) akan di pasaran tidak lama lagi, tetapi hanya 80 unit dihasilkan. Namun tiada tanda harga didedahkan, dan dijangka sangat mahal kerana mirip jentera lumba Dakar.

BACA >>> KTM 450 Rally Replica (2023) Diperkenal, Hanya 70 Unit untuk Pasaran Dunia
BACA >>> Honda CRF250 Rally (2021) dengan Seragam Rali Dakar Lancar di Malaysia, Harga RM27.5k

SUMBER: BikeWale | VisorDown | RideApart

Related

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Enduro, KTM 450 Rally Replica (2024), Rali Dakar, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my