• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CFMoto Dedah Foto Acah Dua Siri SR Paling Berprestasi, 500SR dan 675SR (2024)

CFMoto Dedah Foto Acah Dua Siri SR Paling Berprestasi, 500SR dan 675SR (2024)

September 6, 2023 By Aryon Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS bertalu-talu melancarkan model baharu, CFMoto menyiarkan pula foto acah motosikal baharu dalam siri SR, iaitu dua model prestasi tinggi, 500SR dan 675SR yang dijangka ditayangkan sempena CFMoto Day 2023 di Litar Antarabangsa Zhuzhou, China.

Tidak banyak maklumat didedahkan mengenai model tersebut, tetapi foto acah mendedahkan yang dua motosikal itu menggunakan bahasa rekabentuk sama seperti adik kecilnya, 450SR and 300SR. Ini dapat dilihat pada rupa depan agresif dalam sosok badan fairing penuh, bar clip-on dan seksyen belakang menjungkit.

cfmoto-675sr-teaser-1
cfmoto-675sr-teaser

Model CFMoto 675SR (2024) dijana enjin 4-silinder sebaris 500cc DOHC penyejukan cecair yang didakwa dibangunkan selama tiga tahun. Enjin tersebut dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum 230kmj.

Antara tumpuan lain, CFMoto 675SR akan menjadi model paling berorientasi prestasi dalam produk jenama asal China itu.

cfmoto-500sr-teaser-1
cfmoto-500sr-teaser

CFMoto 500SR (2024) pula menggunakan enjin 3-silinder 500cc DOHC penyejukan cecair dengan output kuasa lebih 100bhp. Dua model itu dijangka memasuki pasaran global penghujung tahun ini.

Di pasaran tempatan, CFMoto Malaysia baru saja melancarkanc CFMoto 800NK Advanced (2023) pada arga RM38,888 sempena Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada penghujung bulan lalu.

BACA >>> CFMoto 800NK Advanced (2023) Kini di Malaysia, Harga RM38.8k
BACA >>> Pesaing KTM 390 Duke, CFMoto 450NK (2023) Lancar dengan Gaya Agresif

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: cfmoto, CFMoto 500SR (2024), CFMoto 675SR (2024), roda2, sportbike, Sportbike Middleweight, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev