• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Rolls-Royce Spectre (2024) Debut di Malaysia, Harga Mula RM2 juta!

Rolls-Royce Spectre (2024) Debut di Malaysia, Harga Mula RM2 juta!

September 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


LIMOSIN elektrik Rolls-Royce Spectre (2024) melakukan kemunculan pertama di Malaysia, semalam (5 September) dengan penghantaran pertama dijangka suku keempat tahun ini.

Limosin elektrik ini ialah model kenderaan elektrik (EV) pertama Rolls-Royce yang akan dijual di Malaysia pada harga bermula *RM2,000,000 (sebelum tambahan pilihan dan cukai).

Berikut perincian super coupé EV ultra-mewah, Rolls-Royce Spectre (2024):

  • Dwi-motor elektrik berkuasa 584hp dan tork 900Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat.
  • Menggunakan bateri lithum-ion 102kWh seberat 700kg.
  • Cas penuh boleh dipandu sejauh 530km mengikut  Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP)
  • Dilengkapi port pengecas AC hingga 22kW dengan tempoh mengcas 0-100 peratus mengambil masa 5  jam 30 minit.
  • Juga ada port pengecas DC hingga 195kW dengan tempoh mengecas 10-80 peratus sepantas 34 minit.
  • Rim 23 inci (paling besar diperkenalkan Rolls-Royce pada model pengeluaran).
  • Empat lampu matriks dengan jarak suluhan hingga 600 meter.
  • Kemasan bintang berlampu pada siling kabin dan panel tepi pintu.

Pada 2021, Rolls-Royce Motor Cars mengumumkan komitmen terhadap teknologi elektrik dengan mengumumkan model Spectre dengan penghantaran pelanggan pertama dibuat suku keempat tahun ini.

Menjelang akhir 2030, keseluruhan portfolio Rolls-Royce ialah elektrik sepenuhnya.

Rolls-Royce Spectre (2024) sudah melalui program ujian mencabar menjangkau 2.5 juta kilometer sebelum debut global Oktober tahun lalu di Home of Rolls-Royce di West Sussex, England.

Model super coupé EV ultra-mewah pertama dunia itu dibina dalam konfigurasi pemanduan sebelah kiri (LHD) dan kini sedang dalam jelajah rantau untuk dipamerkan kepada pelanggan dan media sebelum dihantar kepada pelanggan suku keempat tahun ini.

BACA >>> Rolls-Royce Black Badge Ghost Tiba Ke Malaysia, Harga Mula RM1.8j!
BACA >>> Video Rolls-Royce Kena Himpit Treler Depan, Belakang Masih Steady

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), Limosin EV Rolls-Royce, roda2, Rolls-Royce, Rolls-Royce Spectre (2024), Spectre, Super Coupe Elektrik Ultra-Mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my