PROTON bakal memperkenalkan sedan baharu, dipercayai Proton S50 atau kod nama SS11 dalam tempoh dua bulan akan datang.
Pengumuman itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong semasa majlis penyerahan kraftangan budaya Malaysia kepada atlet tempatan untuk Muzium Sukan Asia Hangzhou di China.
Sedan Proton S50, juga dispekulasi dengan nama S70 itu, kerap kali dilihat menjalani ujian di jalan raya awam sejak beberapa bulan lalu yang diselubungi kamoflaj.
Selain itu, Li Chunrong juga menyatakan varian kenderaan elektrik (EV) dipercayai smart #1 juga dijangka diperkenalkan dalam tempoh sama iaitu menjelang suku keempat tahun ini.
Sekadar makluman, Pro-net pernah membuat tayangan eksklusif dua varian smart, iaitu #1 standard dan versi Brabus.
Syaiful Nizam Hassan says
Bakal pengganti Proton Preve sbb saiznya besar sikit drpdnya so digolongkan dlm segment C. Proton Persona xda pengganti nya.