• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ather 450S (2023) Kini Skuter EV Paling Mampu Miliki di India, Harga RM7.3k!

Ather 450S (2023) Kini Skuter EV Paling Mampu Miliki di India, Harga RM7.3k!

September 5, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal berpangkalan di Bangalore, India, Ather mengumumkan pengeluaran skuter elektrik 450S (2023) sebagai model kenderaan elektrik (EV) paling mampu milik pada harga 130,000 rupee (RM7,310).

Dilancarkan bulan lalu, Ather 450S (2023) diposisi bawah 450X yang dijual pada harga bermula 138,000 rupee (RM7,760).

Skuter EV ini dikuasakan bateri 2.9kWh dengan motor elektrik 5.4kW yang menawarkan kelajuan maksimum 90kmj, dan jarak tunggangan hingga 115km, serta pecutan 0-40kmj sepantas 3.9 saat.

Ather mendakwa skuter EV ini mengambil masa mengecas lapan jam dan 36 minit. Selain harga mampu milik, skuter EV ini turut dilengkapi ciri moden seperti:

  • Paparan DeepView dengan kontras tinggi dengan kejelasan tinggi bawah sinar matahari atau pencahayaan rendah.
  • Ada konektiviti Bluetooth dengan telefon pintar dengan ciri multifungsi seperti navigasi belok-demi-belok, akses panggilan telefon, dan mainkan muzik.
  • Ada ciri pegun automatik (autohold), bantuan parkir untuk keluar dari ruang sempit, dan sensor tongkat sisi.
  • Lampu LED penuh dengan lampu susur rumah (guide-me-home) yang menyala 20 saat selepas enjin dimatikan.
  • Signal belok dimatikan automatik, ruang storan bawah pelana 22 liter dan banyak kompartmen letak barang.

Antara spesifikasi Ather 450S (2023) ialah:

  • Fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.
  • Brek cakera tunggal depan dan belakang dengan sistem brek kombi dan regeneratif.
  • Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Ciri FallSafe - Enjin dimatikan automatik apabila skuter terbalik untuk menghalang terus bergerak.

Bahagian roda dipasangkan rim aloi 12 inci dengan tayar tiubles 90/90 di depan dan 100/80 di belakang. Di pasaran India, Ather 450S (2023) akan bersaing dengan model lawan seperti OlaS1, Bajaj Chetak dan TVS iQube.

SUMBER: BikeWale | AtherEnergy

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ather, Ather 450S (2023), roda2, skuter elektrik, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my