• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MBSA Sedia 10 Pengecas EV Percuma di Beberapa Lokasi Shah Alam

MBSA Sedia 10 Pengecas EV Percuma di Beberapa Lokasi Shah Alam

September 4, 2023 By Han Othman Leave a Comment

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA)
menyediakan 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) percuma di beberapa lokasi di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu setakat ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata, perkhidmatan berkenaan boleh didapati di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan \ pejabat cawangan MBSA.

Setakat ini MBSA sudah ada 10 pengecas EV dengan kerjasama Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) sebelum ini. Sekarang sudah banyak syarikat swasta berminat untuk bekerjasama dengan MBSA bagi membina pengecas EV.

"Kami sedang selaraskan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sebab garis panduannya baru dilancarkan, begitu juga dari Kementerian Pengangkutan. Dari segi teknikal pemasangan ia akan disahkan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas persidangan antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) ke-15 yang disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbollah di Pusat Konvensyen MBSA, hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Fuad berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi sesuai mengikut keperluan dan permintaan. Antara lokasi sasaran penambahan pemasangan pengecas itu adalah di pusat bandar dan pusat beli-belah di Shah Alam.

Pada Julai lalu, Kerajaan Negeri merancang menyediakan kira-kira 1,000 pengecas EV di kawasan 12 PBT negeri itu menjelang akhir tahun ini, terutama Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Kajang dan Ampang Jaya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri, Hee Loy Sian berkata, setakat ini ada 102 pengecas EV seluruh negeri ini dan perbincangan sedang giat dijalankan untuk menambah lagi kemudahan tersebut.

SUMBER: Bernama

Related

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Kenderaan Elektrik (EV), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), MBSA, Pengecas EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev