• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Guna LRT, MRT Jika Mahu Sambut Ambang Merdeka di KLCC

Guna LRT, MRT Jika Mahu Sambut Ambang Merdeka di KLCC

August 30, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


ORANG ramai yang mahu menghadiri sambutan Ambang Merdeka 2023 di KLCC, Kuala Lumpur dinasihatkan menggunakan laluan rel alternatif bagi keselesaan dan kelancaran perjalanan.

Selain stesen LRT KLCC, pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya ke KLCC menerusi stesen MRT Persiaran KLCC.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)R apid Rail, Amir Hamdan berkata, orang ramai digalak menggunakan kemudahan baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.

Menurutnya, langkah itu dapat membantu mengurangkan kesesakan yang lazim berlaku di stesen LRT KLCC sejurus acara tamat.

Pengguna diminta menggunakan kad Touch 'n Go (TnG) ketika menggunakan perkhidmatan rel dan memastikan ada baki mencukupi. Kemudahan 'park and ride' juga tersedia di stesen terpilih. Sila gunakan kad TnG sama ketika menaiki LRT, MRT atau Monorel bagi mendapatkan kadar rata," katanya dalam satu kenyataan.

Sempena sambutan Ambang Merdeka 2023, Stesen LRT KLCC, Stesen MRT Persiaran KLCC dan lapan stesen rel lain akan dilanjutkan perkhidmatan hingga jam 2 pagi nanti (Khamis).

Stesen rel terbabit ialah Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya), Stesen Ampang Park (Laluan Kelana Jaya dan Putrajaya), Stesen Persiaran KLCC (Laluan Putrajaya), Stesen Pasar Seni (Laluan Kelana Jaya dan Kajang), Stesen Bukit Bintang (Laluan Kajang dan Monorel), serta Stesen Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling).

Semua perkhidmatan rel juga akan bermula jam 4 pagi nanti (31 Ogos, Khamis) bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin ke acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya," katanya.

BACA >>> Polis Tumpaskan Sindiket Curi Catalytic Converter Ekzos Kereta di Parkir MRT, LRT
BACA >>> Pulau Pinang Bakal Ada LRT Bawah Tanah, Laut

SUMBER: BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ambang Merdeka 2023, Auto Terkini, Laluan LRT Kelana Jaya, Laluan MRT Putrajaya, Rapid KL, Rapid Rail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
    #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev