• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Rai Unit CKD Pertama Omoda5, Tiggo 8Pro di Kilang Inokom Kulim

Chery Malaysia Rai Unit CKD Pertama Omoda5, Tiggo 8Pro di Kilang Inokom Kulim

August 29, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Malaysia mengumumkan kejayaan melengkapkan dan menyerahkan unit pemasangan tempatan (CKD) pertama, Omoda 5 dan Tiggo 8Pro.

Pencapaian itu menunjukkan komitmen Chery  untuk menyokong pembuatan kenderaan CKD di Malaysia, dan dedikasi dalam menyediakan pengalaman pemanduan terbaik kepada pelanggan jenama itu.

Majlis penyerahan berlangsung di Kilang CKD Inokom, Kulim, Kedah berupa serahan replika kunci daripada Pengarah Urusan Inokom Corporation Sui Keng Huat kepada Pengarah Operasi Kilang Chery Malaysia, Xu Jing Zhong, bersama beberapa tetamu kehormat yang hadir dalam majlis berkenaan.

Pada majlis tersebut, unit CKD pertama Omoda 5 dan Tiggo 8Pro secara rasmi diserahkan kepada Chery Malaysia yang menandakan permulaan era baharu perjalanan automotif pengeluar dari China itu.

Chery Malaysia turut menyatakan komited untuk terus mempertingkat keupayaan pembuatan CKD, melabur dalam pembangunan teknologi terkini, dan menjalin banyak kolaborasi dengan pembekal tempatan untuk menyokong ekosistem automotif Malaysia.

Usaha itu bukan hanya memperkuat posisi Chery sebagai peneraju dalam industri automotif, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi serantau.

chery-malaysia-1st-ckd-1
chery-malaysia-1st-ckd-6
chery-malaysia-1st-ckd-2
chery-malaysia-1st-ckd-3
chery-malaysia-1st-ckd-4
chery-malaysia-1st-ckd-5

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery Malaysia, Chery Omoda 5, Chery Tiggo 8Pro, Kilang Chery Inokom, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev