• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CAAM Larang Guna Dron Sebelum, Semasa Sambutan Hari Kebangsaan

CAAM Larang Guna Dron Sebelum, Semasa Sambutan Hari Kebangsaan

August 29, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) melarang sebarang pengendalian dron di kawasan terlibat penutupan ruang udara dalam Kawasan Kawalan Terminal (TMA) Kuala Lumpur pada sebelum dan semasa Hari Kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, larangan itu bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, terutama membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang awam, serta pesawat sedang beroperasi.

Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri mengganggu latihan dan pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Putrajaya pada 31 Ogos," kata Norazman.

Tambahnya, aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan CAAM dan Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau sebarang operasi dron tanpa kebenaran.

Sebarang aktiviti penerbangan, termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam dan harta benda adalah tertakluk bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Arahan Penerbangan Awam (CADs).

BACA >>> Jangan Terbangkan Dron di Kawasan Insiden Tanah Runtuh, Dikhuatiri Ganggu Operasi SAR
BACA >>> Terbangkan Dron Hari Merdeka Boleh Kena Denda Hingga RM100k, Penjara!

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2023, CAAM, Dron, Kuala Lumpur Terminal Control Area (TMA), sambutan hari kebangsaan, Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my