SELEPAS lima hari diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS), kini tiba giliran pasaran Jepun untuk menerima motosikal mini Honda Monkey (2023).
Model cilik itu akan mula diedarkan di Jepun pada 21 September ini. Nampak sama, tetapi kedua-dua model AS dan Jepun itu ada beberapa perbezaan.
Honda Monkey versi Jepun ditawarkan dalam warna Banana Yellow (kuning) yang tiada di AS. Dua lagi warna, Pearl Nebula Red (merah) dan Pearl Shining Black (hitam) pula ditawarkan untuk kedua-dua pasaran.
Satu lagi perbezaan ialah lampu signal belok versi AS lebih besar dengan lensa kuning berbanding versi Jepun berwarna jernih. Model Jepun juga tiada lampu reflektor sisi seperti AS.
Tiga warna kuning, merah dan hitam nampak menyerlah dengan frem yang dibuat dalam warna sama, termasuk absorber depan dan belakang. Pelana corak kotak pula mengingatkan kepada model terdahulu, Honda Z50M.
Honda Monkey dijana enjin JB03E 4-lejang silinder tunggal 123cc OHC penyejukan udara dengan suntikan bahan api PGM-FI yang menghasilkan output kuasa 9.3hp @ 6,750rpm dan tork 11Nm @ 5,500rpm, manakala transmisi klac automatik 5-kelajuan.
Satu lagi ciri moden diberikan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan dan belakang yang nampak lengkap dengan set brek cakera.
Sebagai motosikal mini, Honda Monkey memiliki dimensi panjang 1,710mm, lebar 755mm, dan tinggi 1,030mm, manakala jarak roda 1,145 mm. Tinggi pelana 776mm dan jarak tinggi bumi 175mm, manakala berat 104kg.
Saiz tayar 120/80-12 65J di depan dan 130/80-12 69J (belakang). Kapasiti tangki petrol 5.6 liter. Honda Monkey yang diimport dari Thailand itu dijual pada harga 440,000 yen (RM13,970).
Di AS, motosikal tersebut dijual pada harga AS$4,299 (RM20,010).
BACA >>> Honda City (2023) Baharu Tiba dalam 5 Varian, Ada Honda SENSING, Harga Mula RM84.9k!
BACA >>> Honda X-ADV Special Edition (2024) untuk Eropah dengan Warna Baharu Merah, Kelabu!
Luke kok says
Come back to Malaysia, please.....