• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Puma Lancar Dua Kasut Porsche Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun 911 ke-60

Puma Lancar Dua Kasut Porsche Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun 911 ke-60

August 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PORSCHE mengumumkan Puma bakal menghasilkan dua model kasut sniker edisi terhad yang mengambil ilham model Porsche 911 S/T (2024), dan Porsche 911 S(T) (1972).

Kasut sniker itu dihasilkan dalam dua corak berbeza sebagai tribut kepada Porsche 911, tetapi malangnya, kuantiti kasut dihasilkan adalah terhad untuk pasaran dunia.

Puma Porsche 2023 - 1
Puma Porsche 2023 - 2

Kasut pertama berwarna biru lembut dengan profil lebih kecil yang mengambil ilham model Porsche 911 S(T). Setiap pasang kasut ini memaparkan angka 56 di belakang tumit.

Kasut itu dibuat menggunakan kombinasi material kulit lembut dan sued dengan sulaman benang merah selain lencana gril 911. Puma hanya menawarkan 1,972 pasang kasut itu yang mana setiap pasang ada nombor siri tersendiri.

Kasut Porsche 911 S/T pula berwarna kelabu dengan bahagian dalaman coklat (cognac brown). Ada nombor 63 di belakang tumit dan teks Porsche di bawah. Tali kasut pula berwarna merah dan hitam, manakala pengeluaran dihadkan 1,963 pasang kasut sahaja.

Kedua-dua kasut edisi terhad itu akan mula dijual menerusi platform atas talian Porsche bermula 6 September ini atau di gedung Porsche Museum di Stuttgart-Zuffenhausen dan Weissachwill. Bagaimanapun, tiada pengumuman harga setakat ini.

Puma Porsche 2023 - 3
Puma Porsche 2023 - 5
Puma Porsche 2023 - 4
Puma Porsche 2023 - 6

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: autoterkini, Porsche 911 S(T), Porsche 911 S/T, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen
    #PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev