• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda India Tawar Waranti 10 Tahun untuk Honda CB350, Termasuk Komponen Enjin, Mekanikal dan Elektrik 

Honda India Tawar Waranti 10 Tahun untuk Honda CB350, Termasuk Komponen Enjin, Mekanikal dan Elektrik 

August 28, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMBELI motosikal siri Honda CB350 di India bakal menikmati waranti motosikal meliputi kegagalan atau kecacatan peralatan yang datang dari kilang selama 10 tahun!

Pada masa sama, pengedar motosikal Honda di India, Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI) turut mengumumkan tawaran waranti lanjutan percuma itu kepada 10,000 pembeli pertama Honda CB350 serba baharu.

Waranti 10 tahun untuk Honda CB350 itu meliputi komponen enjin, bahagian mekanikal dan elektrik serta sah untuk jarak berbatuan hingga 130,000km.

Pengguna dengan program waranti lanjutan juga layak membuat tuntutan di pusat servis HMSI seluruh India, termasuk memindahkan perlindungan waranti kepada pemilik seterusnya jika mahu menjual motosikal mereka.

Di bawah perlindungan 'Extended Warranty Plus', pemilik diberikan pilihan membeli waranti lanjutan dari jangka masa antara 91 hari hingga tahun kesembilan dari tarikh pembelian.

Ini bermakna pemilik Honda CB350 H'Ness dan RS sedia ada di India ada pilihan membeli program waranti 10 tahun tersebut untuk motosikal masing-masing.

BACA >>> Spesifikasi Honda CB350RS (2021): Lancar di India, Harga RM10.8k
BACA >>> Honda GB350 (2021) Buatan India Lancar di Jepun, Harga Mula RM20k

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda CB350, Honda CB350RS (2021), Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI), India, waranti

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my