CADANGAN menaik taraf lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk diteliti terlebih dahulu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal dengan lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang.
Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.
"Saya akan kemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dulu, saya tidak fikir ini satu masalah kerana ia isu pentadbiran saja," katanya kepada pemberita.
Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) mengklafikasi lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak lebih 250cc, manakala kelas B melibatkan motosikal 500cc ke atas.
Terdahulu, Presiden Superbikers Association Malaysia (S.A.M), Datuk Abdul Halim Suleiman menyerahkan kertas cadangan bagi menaik taraf lesen memandu kelas B2 kepada B secara automatik bagi penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya serius dalam tempoh tiga tahun selepas mendapat lesen B2.
Timbalan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Eksekutif S.A.M berkata, cukai import untuk motosikal berkuasa tinggi masih tinggi, dan beliau yakin belanjawan yang menyentuh perkara berkenaan sedang disediakan.
BACA >>> Kementerian Pengangkutan Mohon RM10j Perluas Program MyLesen B2
BACA >>> #Bajet2023: Lesen B2 Percuma, Kerajaan Tanggung Lesen PSV untuk Khidmat Pengangkutan, e-Hailing
SUMBER: Bernama
Leave a Reply