• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Volkswagen Amarok PanAmericana yang Dibikin VWCW untuk Kembara

#BikinKereta: Volkswagen Amarok PanAmericana yang Dibikin VWCW untuk Kembara

September 14, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERKHEMAH dengan kenderaan semakin popular sekarang ini. Tidak terhad motor home, ada pelbagai jenis kereta digunakan sama ada trak pikap, van, sedan atau hathcback.

Di luar negara, terutama Eropah, kenderaan kamper (camper) sudah jadi kebiasaan dan industri besar.

Contohnya, Volkswagen Commercial Vehicles (VWCV) mempamerkan trak pikap Volkswagen Amarok PanAmericana dengan pelbagai ciri pada pameran Caravan Salon di Düsseldorf, Jerman.

Trak pikap itu diubah suai pembekal perkakasan Genesis Import kepada van kamper atau kenderaan kembara (overlander).

Varian trak pikap yang dipilih memang bagus, Volkswagen Amarok PanAmericana menggunakan pacuan semua roda (AWD), kunci diferensial belakang (RDL) dengan enjin 3.0L V6 TDI yang menghasilkan output kuasa 237hp dan tork 600Nm.

Antara perkakasan dipasang adalah seperti bumbung (hardtop), khemah bumbung dan sengkuap 270º daripada Alu-Cab. Bahagian kargo belakang pula lengkap dengan pelbagai laci, termasuk kabinet dapur.

Tidak terhad perkakasan kembara, sistem suspensi diubah suai, manakala tayar BFGoodrich AT dengan rim Delta menggantikan set asal.

Pelanggan juga boleh memesan lampu LED untuk dipasang pada bumbung atau lampu sorot sebagai bantuan kembara, contohnya ketika merentasi negara Skandinavia.

Trak pkap sebegini tidak semestinya diguna untuk kembara dunia, tetapi boleh dibawa memenuhi aktiviti hujung minggu seperti memancing dan juga program kebajikan di kawasan pendalaman.

Volkswagen Amarok PanAmericana Camper 2023.04
Volkswagen Amarok PanAmericana Camper 2023.05

Selain enjin bertenaga, Volkswagen Amarok PanAmericana dilengkapi lampu besar IQ.Light LED matriks, lampu belakang LED dan kerusi depan elektrik boleh laras 10-tetapan.

Unit infotainmen skrin sentuh 12 inci dilengkapi sistem navigasi, manakala papan pemuka dan kerusi menggunakan material kulit.

Ciri keselamatan asas juga bagus seperti Bantuan Parkir dengan Kawalan Jarak Parkir depan dan belakang, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Turut dilengkapi, sistem Bantuan Halaju Pintar (ISAS) dan Paparan Isyarat Jalan Raya Dinamik (DRSD). Di Jerman, Volkswagen Amarok PanAmericana dijual pada harga €69,009 (RM345,700).

BACA >>>  Volkswagen Golf R 333 Limited Edition (2024) dengan Kuasa 333ps, 270kmj, Ekzos Akrapovic!
BACA >>> Volkswagen ID.Buzz Dipilih Kereta Terbaik COTY 2023!
BACA >>> Volkswagen Perkenal Unit Pacuan RWD APP550 untuk Model EV, Tork Setinggi 550Nm!
BACA >>> #TahukahAnda: VW Pernah Hasilkan Volkswagen Golf GTI dengan Enjin Bentley, 641hp!

Volkswagen Amarok PanAmericana Camper 2023.01
Volkswagen Amarok PanAmericana Camper 2023.02
Volkswagen Amarok PanAmericana Camper 2023.03
Volkswagen Amarok PanAmericana Camper 2023.04
Volkswagen Amarok PanAmericana Camper 2023.05
Volkswagen Amarok PanAmericana Camper 2023.06

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Roda4, Trak pikap, Volkswagen, Volkswagen Amarok, Volkswagen Amarok PanAmericana, Volkswagen Amarok PanAmericana Camper, Volkswagen Amarok PanAmericana Caravan Salon, Volkswagen Commercial Vehicles (VWCV), vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev