• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Indonesia Mula Jual Skuter Elektrik EM1 e: (2023), Harga Mula RM12.1k!

Honda Indonesia Mula Jual Skuter Elektrik EM1 e: (2023), Harga Mula RM12.1k!

August 25, 2023 By Shawkath Leave a Comment

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS melancarkan skuter elektrik Honda EM1 e: (2023) di Jepun dan Eropah, Indonesia menjadi pasaran terbaharu untuk menguji tawaran produk berkenaan.

Ini kerana statistik 2022 menunjukkan kira-kira 85 peratus isi rumah di Indonesia memiliki sekurang-kurangnya satu motosikal atau skuter dan ada sekitar 125.27 juta motosikal digunakan di negara jiran berkenaan.

Honda EM1 e - 6
Honda EM1 e - 7

Peluang itu sudah tentu tidak mahu disia-siakan Honda apatah lagi selepas republik itu pernah mengumumkan rancangan menjadi negara dengan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya menjelang 2050.

Malah Mac lalu, Kerajaan Indonesia pernah mengumumkan pemberian subsidi untuk menempatkan kira-kira 800,000 unit EV dua roda atas jalan.

Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini menyenaraikan jualan skuter elektrik Honda EM1 e: di Indonesia, berbeza Eropah dan Jepun yang menawarkan skim pajakan.

Sama seperti pengumuman global sebelum ini, skuter elektrik itu menggunakan pek bateri Mobile Power Pack e: yang boleh ditanggal, ditukar ganti dan dicas semula menggunakan alat pengecasan keluaran Honda.

HARGA

  • Skuter EM1 e: - Rp40juta (RM12,170)
  • Skuter EM1 e: dengan Honda Mobile Power Pack e: - Rp45 juta (RM13,690)

WARNA

Ada tiga warna pilihan: merah, hitam dan putih.

Honda EM1 e - 13
Honda EM1 e - 12
Honda EM1 e - 14
Honda EM1 e - 2
Honda EM1 e - 3
Honda EM1 e - 4
Honda EM1 e - 5
Honda EM1 e - 8
Honda EM1 e - 9
Honda EM1 e - 10
Honda EM1 e - 11

SUMBER: RideApart

Related

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Astra Honda Motor (AHM), Auto Terkini, Honda EM1 e:, Honda EM1 e: (2023), Mobile Power Pack e:, roda2, skuter elektrik, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev