• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Corolla (2024) Cuma 550 Unit Dihasilkan di Jepun dengan Bolt Dipertingkat, Harga RM168k!

Toyota GR Corolla (2024) Cuma 550 Unit Dihasilkan di Jepun dengan Bolt Dipertingkat, Harga RM168k!

September 7, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA GAZOO Racing (TGR)
menawarkan GR Corolla versi dipertingkat untuk pelanggan Jepun sebanyak 550 unit dengan proses pembelian melalui undian.

Perubahan dibuat menggunakan pengetahuan daripada pelbagai aktiviti permotoran seperti Siri Super Taikyu membabitkan peningkatan aturan (directness) dan kestabilan pemanduan.

Menepati falsafah kaizen (peningkatan berterusan) dan ketelitian Jepun, TGR turut mengubah komponen kecil iaitu bolt pengikat! Beberapa bolt yang mengikat komponen casis ditambah baik untuk menambah ketegaran ikatan.

Hasilnya, respons operasi stereng dan pemanduan atas laluan lurus kini lebih baik selain kebersamaan antara pemandu dan kereta.

Berdasarkan foto dikongsi, dapat dilihat kepala bolt yang mengikat anggota silang depan dan kotak gear stereng mempunyai corak atau rusuk baharu.

Kepala bolt komponen suspensi belakang pula lebih besar, atau bertambah daripada 22mm kepada 24mm. Perubahan bolt itu mengingatkan kepada Toyota GR Corolla Circuit Edition (2024) untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).

Ciri aerodinamik juga diubah dengan bentuk saluran udara depan pada sisi bampar ditipiskan atau diratakan, dan dikembangkan bagi mengurangkan rintangan. Nampak kecil, tetapi mampu meningkatkan kestabilan stereng.

Selain pemanduan, TGR juga menyentuh bahagian penampilan dengan warna terhad sian metalik. Warna itu dan skema dalaman hitam-biru dijual cuma 50 unit daripada 550 unit ditawarkan. Bagaimanapun, jumlah tersebut mungkin ditambah jika isu kekurangan semikonduktor menjadi lebih baik.

Seperti biasa, Toyota GR Corolla RZ digerakkan enjin G16E-GTS 3-silinder 1.6L turbo yang menghasilkan output kuasa 302hp @ 6,500 rpm dan tork 370Nm @ 3,000-5,500rpm.

Toyota GR Corolla RZ ditawarkan pada harga 5,250,000 yen (RM168,840).

BACA >>> Toyota GR Corolla Dipilih Pace Car Kejuaraan NASA, Pembeli Dapat Sesi Hari Litar Percuma
BACA >>> Toyota GR86 TRUENO Edition (2024), Cuma 860 Unit Sempena Tribut Model Ikonik Trueno
BACA >>> Toyota C-HR (2024) Diperkenal dengan Rekabentuk Dramatik, Enjin Hibrid Sahaja

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Gazoo Racing, GR, hatchback, Roda4, Toyota, Toyota Corolla, Toyota Gazoo Racing, toyota gr corolla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my