• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ultraviolette F77 Space Edition (2024) Lancar, 10 Unit Sahaja di India, Harga RM31.4k!

Ultraviolette F77 Space Edition (2024) Lancar, 10 Unit Sahaja di India, Harga RM31.4k!

August 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal elektrik dari India, Ultraviolette pernah menarik perhatian peminat automotif menerusi debut naked bike elektrik Ultraviolette F77.

Kini, Ultraviolette mengumumkan tawaran varian Ultraviolette F77 Space Edition (2024) pada harga 560,000 rupee (RM31,435) yang hanya ditawarkan 10 unit untuk pasaran India dan sudahpun habis dijual.

Model baharu itu menawarkan prestasi mirip motosikal petrol sesaran 300cc-400cc dan menjadi varian perdana dalam siri F77.

Ultraviolette F77 Space Edition (2024) memiliki rekabentuk mirip F77 Recon dan Standard yang sarat garis badan tajam, lampu utama LED dan fairing besar.

Varian Space Edition itu mendapat skema menarik, Cosmic White (putih) dengan warna dwi-tona putih dan jingga. Binaan pula menggunakan gred material aeroangkasa seperti aluminium 7075 untuk badan dan cat anti-ultraungu (UV).

Sebagai bonus, motosikal EV edisi terhad itu menerima kunci aluminium dan teknologi pengecasan pantas, panel meter TFT 5 inci, mod tunggang, sambungan WiFi, telefon pintar dan ciri navigasi.

Ultraviolette F77 Space Edition (2024) menawarkan dos kuasa lebih tinggi berbanding varian standard daripada unit motor elektrik 30.2kW yang menawarkan output kuasa 40hp dan tork 100Nm, manakala kelajuan maksimum 152kmj.

Ultraviolette F77 Space Edition (2024) boleh ditunggang sejauh 307km sebelum perlu dicas semula. Bagaimanapun, jarak itu bergantung kepada gaya tunggangan, kondisi permukaan bumi dan jalan raya.

SUMBER: RideApart

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Naked Bike Elektrik, roda2, Ultraviolette F77 Space Edition, Ultraviolette F77 Space Edition (2024)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my