• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ninja 250 Guna Gear CVT Masuk Amerika? Harga RM15.3k Sahaja

Ninja 250 Guna Gear CVT Masuk Amerika? Harga RM15.3k Sahaja

August 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka, ada juga pengeluar berani menghasilkan motosikal mirip 'Kawasaki Ninja' (Modenas Ninja?) dengan platform transmisi skuter. Seperti dijangka, pengeluarnya berasal dari China.

Malah, model itu sudah sampai sejauh pasaran Amerika Syarikat (AS) yang diimport Venom Motorsports dan dijual pada harga cuma AS$3,299 (RM15,350)!

Nama sebenar motosikal klon itu ialah Jonway Venom X22 GT yang dijana enjin 225cc dan transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat, manakala kelajuan maksimum 120kmj!

Jonway mendakwa produk dihasilkan itu sebagai sportbike  hibrid, iaitu motosikal dengan enjn skuter. Pemahaman itu jauh berbeza dengan istilah hibrid yang biasa digunakan dalam automotif, iaitu kombinasi enjin petrol dengan unit motor elektrik.

Inovasi itu membolehkan Jonway Venom X22 GT tampil sebagai sportbike ala Modenas Ninja dari depan, tetapi bahagian belakang mendedahkan trenkuasa skuter maksi dengan set dwi-absober.

Enjin digunakan jenis silinder tunggal 225cc berkuasa 16hp @ 7000rpm dan tork 17.6Nm @ 5,500rpm, serta berat cuma 136kg.

Menariknya, sportbike hibrid ini menggunakan kombinasi rim aloi berbeza, iaitu 17 inci di depan, dan 14 inci di belakang.

Sistem brek pula menggunakan brek cakera kembar pada roda depan, dan cakera tunggal di belakang serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Jonway Venom X22 GT - 1
Jonway Venom X22 GT - 2
Jonway Venom X22 GT - 3
Jonway Venom X22 GT - 4
Jonway Venom X22 GT - 5
Jonway Venom X22 GT - 6
Jonway Venom X22 GT - 7
Jonway Venom X22 GT - 8
Jonway Venom X22 GT - 9
Jonway Venom X22 GT - 10
Jonway Venom X22 GT - 11
Jonway Venom X22 GT - 12
Jonway Venom X22 GT - 13

SUMBER: WarungSep | Venom

Related

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Jonway Venom X22 GT, Kawasaki Ninja 250, Modenas Ninja 250 Klon, roda2, Venom Motorsports

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev