• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ops Saman Ekor Kini Mula Seluruh Negara, Saman Hantar Terus ke Rumah

Ops Saman Ekor Kini Mula Seluruh Negara, Saman Hantar Terus ke Rumah

August 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


OPERASI saman tembak laju atau saman ekor Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kini bermula seluruh negara bermula 21 Ogos (semalam) bagi mengesan pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju, dikuatkuasakan bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mana-mana pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan itu di jalan raya persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman dan notis saman K170A yang akan dihantar ke alamat kediaman masing-masing.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, pada hari pertama pelaksanaan ops itu, 8,718 kenderaan dikenakan saman K170A, melibatkan 8,352 kereta, motosikal (44 saman) dan 322 saman kenderaan perdagangan/perkhidmatan.

Menurutnya, penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju akan dijalankan berterusan di semua kontinjen dan daerah.

Tindakan ini bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan dalam negara.

"Anggota JSPT akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju ditetapkan. Saman kompaun bernilai RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan," kata Mohd Nasri.

Mohd Nasri berkata lagi, memandu melebihi had laju adalah antara punca utama kemalangan jalan raya negara ini selepas pemandu gagal mengawal kenderaan hingga hilang kawalan.

Semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mengikut peraturan ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

"Kerjasama orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain," katanya.

BACA >>> Akibat Tukar Logo, JPJ Sabah Saman Perodua Axia Convert Jadi Toyota Agya
BACA >>> Op Didik: Polis Periksa 50 Motosikal Pelajar SMK Seri Sepang, Keluar 13 Saman

SUMBER: BHarian

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Mohd. Nasri Omar, melebihi had laju, Operasi, saman ekor, saman tembak laju, seluruh malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my