• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sportbike '4 Dapur' QJMotor SRK 600RC (2023) Masuk Malaysia Minggu Ini?

Sportbike '4 Dapur' QJMotor SRK 600RC (2023) Masuk Malaysia Minggu Ini?

August 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings (MForce) nampaknya akan meluaskan tawaran motosikal jenama QJMotor menerusi pelancaran \ QJMotor SRK 600RC (2023) ke pasaran Malaysia, minggu ini.

Model sportbike 4-silinder 600cc itu akan debut pada acara Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur bermula 24 Ogos ini.

Model tersebut dipercayai mirip sportbike versi dipertingkat QJMotor SRK 600RR yang diperkenalkan di China pada Jun 2022, tetapi dalam seragam mirip pasukan QJMotor Gresini kelas Moto2.

QJMotor SRK 600RR (2022) di China dijana enjin 4-silinder 16-injap sebaris 600cc penyejukan cecair yang ditala baharu  untuk output kuasa dipertingkat berbanding varian 2020.

Berikut perincian QJMotor SRK 600RR (2022) di China:

  • Trenkuasa memberikan output kuasa dan tork lebih tinggi dengan menala semula sistem ekzos dan mengurangkan kadar geseran dalam enjin 5 peratus.
  • Output kuasa 87.2hp @ 11,500rpm, dan tork 56Nm @ 10,500rpm. Terdahulu, data kuasa 81hp dan 52Nm.
  • Fork depan terbalik (USD) KYB jenis tidak boleh dilaras di depan, dan monoshock boleh laras prabeban (belakang).
  • Brek cakera kembar dengan kaliper Brembo 4-piston (depan), dan cakera tunggal dengan kaliper 2-piston (belakang).
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi (TRC), mod tunggang dan Quickshifter (sehala, untuk anjak naik gear).
  • Panel meter TFT. Ada soket USB Type-C.
  • Kapasiti tangki minyak 18 liter untuk jarak tunggangan lebih jauh.
  • Winglet sisi motosikal memberikan daya mendap (downforce) 5kg-6kg pada kelajuan 150kmj.
  • Casis kekal seperti model terdahulu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kuala Lumpur Bike Show 2023, MForce Bike Holding Sdn Bhd, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, QJMotor, QJMotor Gresini, QJMotor SRK600RC, QJMotor SRK600RC (2023), roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev