• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Sita Tiga 125ZR Siap Sedia Nak 'Sprint Test' di Pulau Pinang

JPJ Sita Tiga 125ZR Siap Sedia Nak 'Sprint Test' di Pulau Pinang

August 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita tiga motosikal 2-lejang Yamaha 125ZR yang dipercayai digunakan untuk aktiviti lumba haram di satu plaza tol di Butterworth.

Tiga motosikal diubah suai itu dibawa dari Alor Setar, Kedah menggunakan sebuah lori sewa ke Plaza Tol Bagan Ajam di Pulau Pinang untuk satu acara lumba haram. Tiada maklumat dikongsi sama ada acara itu membabitkan pertaruhan wang.

JPJ dalam perkongsian di Facebook mendedahkan aktiviti haram itu dikesan Pasukan Falcon daripada Bahagian Penguatkuasa JPJ Malaysia dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa JPJ Pulau Pinang melalui Risikan Khas Operasi Lejang di lokasi sekitar Butterworth arah laluan Plaza Tol menghala ke Bagan Ajam, jam 4.30 pagi.

Menurut kenyataan itu, bagi mengelak dikesan penguat kuasa, kumpulan tersebut sanggup membelanjakan wang menyewa kos pengangkutan (motolori) untuk mengangkut motosikal yang diubah suai dari Alor Setar, Kedah ke Plaza Tol Bagan Ajam untuk aktiviti rempit berbahaya pada malam minggu.

JPJ juga mendapati kumpulan ini bergerak sangat aktif dengan kehadiran peminat mereka dari pelbagai kumpulan kapcai dari negeri berhampiran Pulau Pinang bagi mendengar dentuman enjin dan trend modifikasi terkini jentera motosikal diubah suai.

"Kumpulan yang diperiksa ini didapati berumur dalam lingkungan antara 14 tahun hingga 30 tahun."

JPJ akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta 333 dan peraturan di bawah atas kesalahan seperti berikut:

  • Ubah suai ekstrem
  • Melawan arus
  • Ubah suai ekzos
  • Ukuran saiz tayar dan swingarm
  • Tiada nombor pendaftaran
  • Tiada nombor casis atau enjin
  • Tiada brek, lampu depan dan belakang
  • Kesalahan teknikal yang menyebabkan tiada fungsi keselamatan motosikal atau piawai keselamatan dinyah fungsi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Lumba Haram, Pasukan Falcon, Sprint Test Yamaha, Yamaha 125ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev