• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih Relaks Isi Minyak dengan Aplikasi Shell App

Lebih Relaks Isi Minyak dengan Aplikasi Shell App

August 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHELL Malaysia melancarkan aplikasi Shell App yang membantu memudahkan urusan pengguna ketika mengunjungi stesen minyak Shell.

Pagi tadi, kami berpeluang mendalami fungsi aplikasi terbaharu itu, termasuk apa ditawarkan kepada pengguna. Pengguna Shell kini boleh menggunakan aplikasi itu di 650 stesen minyak Shell terpilih, dan akan diperluas ke semua premis Shell seluruh negara menjelang Oktober ini.

MUAT TURUN SHELL APP

  • Aplikasi ini agak komprehensif dan boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store.
  • Difahamkan, sejak pagi tadi, lebih 55,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi Shell App ke telefon pintar masing-masing.
  • Selepas memuat turun Shell App (Shell Asia), pengguna perlu memilih negara, dan ada lima negara tersenarai, iaitu India, Indonesia, Malaysia, Oman dan Singapura.
  • Selepas mendaftar, anda perlu memasukkan nombor telefon untuk mendapatkan nombor OTP, dan satu mesej dengan enam digit akan dihantar selang beberapa saat.
  • Ahli BonusLink pula perlu memasukkan nombor pin untuk menghubungkan kad mata ganjaran itu dengan aplikasi Shell App. Jika bukan pemegang kad, satu kad digital akan dicipta buat anda.
  • Paparan seterusnya akan membawa anda ke muka utama aplikasi, dipanggil Home.

HOME

Paparan pertama yang memaparkan beberapa fungsi penting seperti:

Power Up Rewards

  • Mengandungi maklumat seperti baki mata ganjaran BonusLink, sejarah transaksi, baucar dan status pengguna aplikasi sama ada Member, Silver, Gold atau Platinum.

Redeem Points

  • Memaparkan baki poin dan baucar yang boleh ditebus dengan pelbagai produk disediakan.
  • Sebagai contoh, 1,000 poin BonusLink boleh menebus baucar Shell RM10, atau botol air Water2Go (100 poin).
  • Antara pilihan disediakan termasuk produk makanan dan minuman, penjagaan kenderaan dan produk runcit.

Pay for Fuel

  • Satu notis amaran dipaparkan untuk mengingatkan aspek keselamatan ketika menggunakan aplikasi Shell App.
  • Pengguna perlu mengisi butiran maklutan untuk mengaktifkan cara bayaran berasaskan kad kredit atau kad debit.
  • Maklumat perlu diisi ialah nama pemegang kad, nombor kad, tarikh luput dan nombor CVV.
  • Anda akan dikenakan caj kebenaran RM1 dan jumlah itu akan dikreditkan semula ke akaun.
  • Buat masa ini, tiada opsyen e-dompet (e-wallet) disediakan dalam aplikasi ini.Bagaimanapun, Shell Malaysia ada rancangan memperkenalkan dompet elektronik kelak, dijangka pertengahan tahun depan.
  • Aplikasi mobil ini menggunakan sistem pengesahan keselamatan 3-D Secure, iaitu kaedah pembayaran minyak pertama di negara ini dengan perlindungan keselamatan tambahan sebagai jaminan kepada pengguna.
  • 3-D Secure memerlukan anda memasukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon bimbit, sebelum dapat mengisi minyak.

EMPAT BUTANG LAIN SELAIN 'HOME'?

Station
  • Station memaparkan lokasi stesen minyak Shell sekeliling anda. Pengguna juga boleh membuat carian sendiri dengan menaip nama kawasan.
  • Butang Filter menyediakan pelbagai kemudahan untuk buat carian stesen Shell lebih spesifik. Ada 17 tapisan boleh dibuat seperti stesen dengan kemudahan surau, mesin ATM, cucian keretahingga tawaran jenis bahan api untuk Shell V-Power Racing, Shell FuelSave Diesel E5 B7 atau Shell Recharge (EV).
  • Show List pula memaparkan senarai nama Stesen Minyak Shell dengan jarak dan fungsi Navigasi (berasaskan Google Maps) ke lokasi.
My Card

Menu ini mengandungi maklumat kad BonusLink dan paparan kod QR untuk imbasan ketika menebus poin untuk mendapatkan barangan di kedai Shell.

Offer
  • Mempamerkan ganjaran untuk ditebus pemilik aplikasi.
Account
  • Mengandungi perincian maklumat seperti transaksi, aktiviti tembus produk, tambah metod bayaran (hanya kad), tebus baucar dan e-mel pusat khidmat pelanggan dan pertanyaan (FAQ).

KENAPA BONUSLINK?

  • Antara sebab utama, BonusLink ialah rakan bisnes terbesar Shell Malaysia.
  • Strategi integrasi itu membolehkan pengguna mengakses 3,000 peniaga bawah BonusLink dan mengumpul serta menebus mata ganjaran eksklusif di Shell.

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi Mobil Shell, Auto Terkini, BonusLink, Shell App, Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev