PELUMBA MotoGP Repsol Honda, Marc Marquez akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 pada pusingan ke-10 GP Austria, sekali gus menjadi perlumbaan pertama musim ini yang berjaya ditamatkan beliau.
Marquez agak bergelut sepanjang musim ini akibat terbabit banyak siri kemalangan dan kecederaan hingga gagal melengkapkan walau satupun perlumbaan GP setakat musim ini. Kali terakhir beliau meraih mata dalam aksi final adalah musim lalu di GP Malaysia 2022.
Bagaimanapun, rakan sepasukan, Joan Mir pula gagal menamatkan perlumbaan akibat jatuh yang memberikan pasukan Honda hanya menamatkan dua perlumbaan
Terdahulu, Marquez mendakwa akan mendedikasikan baki musim ini untuk membina semula keyakinan dan membangunkan jentera kompetetif untuk bersaing musim depan.
Di GP Austria tersebut, RC-213V dilihat menampilkan aerodinamik baharu yang nampaknya didedikasi untuk metodologi itu.
Marquez kini berada di tempat ke-19 dalam ranking MotoGP dengan 19 mata (menerusi poin dikumpul dalam aksi pecut sebelum ini), manakala Mir di tempat ke-26 dalam ranking keseluruhan dengan mengumpul 5 mata.
BACA >>> Gagal Tamat Perlumbaan di GP British, Bastianini Tuduh Marquez Punca
BACA >>> #SembangDeras: Apakah Masalah Honda Sebenarnya, Mampukah Marquez Bertahan?
SUMBER: Crash.net
Leave a Reply