DALAM usaha meringankan lagi bebanan mangsa banjir, PROTON Holdings Berhad melancarkan program Proton We-Care yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi alat ganti selain kos buruh secara percuma.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, program itu berkuatkuasa serta-merta dan bakal berakhir pada 15 Mac 2015.
“ Pada mulanya kami menawarkan 20 peratus potongan harga ke atas semua kerja baik pulih kereta pemilik Proton yang terjejas akibat banjir. Bagaimanapun, kami merasakan bantuan kepada mangsa banjir dengan meningkatkan lagi potongan harga.
" Oleh itu, kami berharap pemilik kereta Proton yang terjejas dapat menghantar kenderaan mereka ke pusat servis PROTON berdaftar terdekat,” katanya.
Sehubungan itu, pemilik kenderaan Proton yang terbabit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PROTON di talian 1800-888-398 untuk pertanyaan, pertolongan dan bantuan khidmat tunda.
Leave a Reply