LOTUS Racing, Team Lotus dan Lotus F1 Team berlumba dalam Formula Satu (F1) sejak 2010 hingga 2015, manakala Jenson Button pula terlibat sebagai pemandu F1 sejak 2000 hingga 2017.
Sepanjang tempoh tersebut, Lotus dan Button tidak pernah bersama, tetapi juara dunia 2009 dengan pasukan Brawn GP itu begitu gemarkan model Lotus.
Button dan beberapa rakan lain memperkenalkan semula jenama Radford melalui Lotus-Radford Type 62-2 (foto atas) yang diilhamkan daripada Lotus Type 62. Kereta itu menggunakan casis Lotus Exige dan enjin supercas 3.5L V6.
Radford Motors diasaskan Button, Ant Anstead dan Roger Behle. Minat Button kepada Lotus ditonjolkan lagi apabila beliau menjadi salah seorang pemilik kereta hiper elektrik, Lotus Evija.
Kereta itu sudah siap dan diperkenalkan pada 18 Ogos lalu di California, Amerika Syarikat (AS).
Seperti model Evija lain, unit milik Button itu dibikin khas berdasarkan spesifikasi dipilih beliau sendiri dengan konsultasi bersama bahagian rekabentuk Lotus Design.
Skema warna unik Arctic White dengan aksen Verve Yellow dan Carbon Black ialah tribut kepada jentera Brawn GP yang membantu beliau menjuarai F1 2009.
Nombor 22 digunakan pula dipamer pada cermin sisi boleh buka dan simpan, manakala nombor 22 lebih besar diulang semula pada panel pintu dalam.
Sebagai kereta seorang pelumba, jaluran aluminium tengah kerusi memaparkan tarikh dan lokasi setiap kemenangan podium tempat pertama Button yang dibuat dengan laser.
Ruang kabin didominasi putih dan hitam. Kerusi dibalut kulit putih dan hitam, manakala bumbung dan stereng dibalut Alcantara hitam.
Warna Lime Yellow pula menambah ciri estetika yang diguna pada sulaman, pedal, tombol konsol tengah, butang mula-henti, butang stereng dan frem penyaman udara.
Kaliper brek dibuat dalam warna Verve Yellow dan dikurangkan rim aloi hitam kilat dengan riasan hitam kusam magnesium. Pengunci nat menggunakan warna perak anod sadur.
Dari segi prestasi, Lotus Evija ini menghasilkan kuasa 2,037hp (1,500kW) yang menjadi siri kereta pengeluaran paling berkuasa. Model ini ada ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM16 juta atau lebih murah jika beli di Langkawi, iaitu RM10 juta.
Spesifikasi Lotus Evija
Kapasiti bateri | 93 kWj |
Kuasa maksimum | 1500 kW / 2,039 PS |
Tork maksimum | 1,704 Nm dengan torque vectoring |
0-100 km/j | Bawah 3 saat |
0-300 km/j | 9.1 saat |
Kelajuan maksimum | 350 km/j (dihadkan) |
Jarak (Gabungan WLTP) | 346 km |
Tempoh pengecasan (Pengecas 350 kW ) | 18 minit |
Berat | 1,887 kg |
Dimensi (P/L/T) | 4,459 / 2,000 / 1,122 mm |
BACA >>> Jualan Lotus Menyinar, Raih 17k Tempahan, Lebih 2k Emira Dikeluarkan!
BACA >>> Semua Lapan Unit Lotus Evija Fittipaldi (2023) Sudah Habis!
BACA >>> Lotus Emira (2022) Lancar di Malaysia! Harga Mula RM1.13j, Langkawi Semurah RM457k!
Leave a Reply