• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Persimpangan Elmina, Lebuhraya GCE Buka Semula

Persimpangan Elmina, Lebuhraya GCE Buka Semula

August 18, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PERSIMPANGAN Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), iaitu laluan keluar dan masuk ke Elmina yang ditutup berikutan nahas pesawat semalam dibuka semula kepada pengguna bermula jam 3.40 petang tadi.

Laluan dibuka ialah susur masuk dari Shah Alam ke Elmina barat. Turut dibuka susur masuk dari Rawang ke Elmina timur dan susur keluar menuju Shah Alam.

Satu daripada dua lorong jalan dari Elmina barat menuju Rawang ditutup bagi membenarkan kerja siasatan pihak berkuasa terus dijalankan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh melalui laluan berkenaan.

Pasukan Operasi GCE ke lokasi bagi mengenal pasti kerosakan dan menjalankan pembaikan jalan serta-merta.

Terdahulu, pembersihan jalan turut dijalankan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sebagai makluman, sebuah pesawat ringan terhempas atas overbridge Persimpangan Elmina, Lebuhraya GCE sekitar jam 3 petang semalam.

Justeru penutupan sementara dibuat bagi membenarkan kerja siasatan dan pembersihan dijalankan.

Unit Peronda GCE ditugaskan berada di lokasi berkenaan bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Pengguna disaran mematuhi arahan dan papan tanda jalan serta dilarang berhenti atau memperlahankan kenderaan di lokasi kejadian.

Sebarang pertanyaan dan aduan, sila hubungi talian Hotline PROLINTAS di 1-800-22-8888.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Lebuhraya GCE, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Pesawat Terhempas Elmina, Prolintas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my