• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Padah Strim Video Sambil Memandu, Rakaman Detik Akhir Gadis Maut Dirempuh Bas

Padah Strim Video Sambil Memandu, Rakaman Detik Akhir Gadis Maut Dirempuh Bas

March 30, 2017 By Han Othman Leave a Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH kisah pengajaran tentang betapa pentingnya aspek keselamatan ketika memandu. Apa yang menimpa gadis berusia 22 tahun dari Rusia ini patut dijadikan iktibar kepada kita semua sebagai pengguna jalan raya di Malaysia supaya sentiasa fokus, berhati-hati, berdisiplin dan bersabar ketika memandu atau menunggang.

Segalanya bermula apabila seorang gadis cantik dari Kazan dalam Tatarstan, Sitora B melakukan strim video secara langsung kepada rakan-rakan dan pengikutnya (follower) di laman sosial popular Rusia, VK. Apa yang menyedihkan ialah strim video itu dirakamkan ketika dia sedang memandu, di mana telefon bimbit diletakkan pada panel meter berdasarkan pandangan matanya.

Sebelum insiden berlaku, Sitora B sempat menyanyi mengikut alunan radio kereta sambil membaca kiriman mesej dihantar pengikutnya. Menurut TheSun, mangsa sempat bertanya kepada penonton;

"Apa khabar kamu? Apa kamu sedang buat? Ke mana kamu pergi?"

Dalam beberapa detik selepas bercakap dan memandang kamera telefon bimbit buat kali terakhir (0:40 saat), keretanya tiba-tiba bergegar dan paparan kamera terus gelap serta diselangi bunyi seretan tayar. Video selepas itu disambung dengan foto-foto Sitora B terlibat kemalangan yang dirakamkan seorang saksi di tempat kejadian.

Menurut laporan, kereta Daewoo Matiz dipandu Sitora B dilanggar sebuah bas dan impak rempuhan tersebut sangat kuat hingga menyebabkan mangsa terpelanting dari kerusi pemandu ke bahagian sebelah penumpang depan dan terkulai di bingkai cermin pintu.

Separuh badan kereta dipandu mangsa kelihatan remuk teruk dan tiada lagi wajah ceria si gadis cantik sedang berceloteh. Sebaliknya berganti dengan lelehan darah yang dipercayai berpunca daripada kecederaan kepala dan mangsa disahkan maut ditempat kejadian.

Polis Tatarstan dalam satu kenyataan dalam laman web pada 24 Mac lalu mengesahkan insiden berkenaan yang dilaporkan berlaku pada sehari sebelum itu - 23 Mac - sekitar jam 10:20 pagi. Menurut polis, semasa kejadian mangsa sedang melakukan siaran dalam talian ke rangkaian media sosial.

Daewoo Matiz - Model sama dipandu Sitora B

Menurut polis;

"Gangguan ke atas kawalan kereta menyebabkan mangsa terpesong ke tepi jalan dan apabila cuba kembali semua ke laluan betul, dia termasuk dalam lorong bertentangan dan bertembung dengan bas Pavlovsky Avtobusny Zavod (PAZ).

Akibat kemalangan jalan raya itu, pemandu kereta Daewoo Matiz maut akibat kecederaan dihadapi, manakala pemandu bas PAZ dan seorang lagi penumpang mengalami kecederaan."

Takziah kepada keluarga mangsa. Mungkin apa yang menimpa Sitora B boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua supaya kekal fokus dan berhati-hati ketika memandu kerana anda bukan saja sedang membahayakan diri sendiri tetapi juga orang lain. :'(

* Durasi video: 1:13 minit (Video ini merakamkan kandungan yang mungkin mengganggu emosi anda. Harap maklum).

Related

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, nahas jalan raya Mac 2017, pada strim video ketika memandu, padah main telefon bimbit ketika memandu, Rusia, Sitora B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my