• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Penunggang Kena Pakai Sarung Tangan?

#TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Penunggang Kena Pakai Sarung Tangan?

August 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENAPAKAH kita cuma menyarung helmet sebagai 'perisai' kepala, tetapi tidak pula sarung tangan (glove) ketika menunggang?

Sarung tangan adalah antara aksesori keselamatan menunggang penting yang perlu dijadikan amalan semua penunggang di jalan raya.

Berikut lima sebab utama anda perlu memakai sarung tangan ketika menunggang:

1. PELINDUNG MATAHARI, ANGIN, SEJUK DAN HUJAN

Situasi iklim dan cuaca tidak menentu dapat memberikan kesan kepada anda ketika menunggang pada kelajuan tertentu.

Angin, misalnya, mungkin menyamankan ketika berjalan kaki, tetapi angin yang sama juga boleh membuatkan tangan rasa kurang selesa pada tahap halaju tertentu.

Namun, tahap ketidakselesaan itu bergantung kepada individu, tidak sama untuk semua orang.

Pergerakan kelajuan menggandakan pukulan angin kepada penunggang. Ini sama juga ketika menunggang dalam cuaca sejuk, hujan, laluan berdebu atau berpasir. Anda tentu pernah menunggang semasa musim hujan kan?

Jadi, sarung tangan perlu dipakai untuk melindungi tangan daripada keadaan cuaca teruk.

2. MENGURANGKAN KEBAS, LESU

Menunggang jarak jauh memerlukan penunggang memegang bar hendal dalam tempoh masa lama.

Tempoh tersebut akan menyebabkan tangan rasa kebas, letih atau lenguh, sekali gus memberi kesan kepada keseluruhan tubuh dan fokus menunggang.

Punca utama tangan rasa kebas atau lenguh adalah kesan getaran motosikal. Getaran itu mungkin datang daripada enjin, tayar, komponen longgar dan permukaan jalan.

Jika menunggang jarak dekat, anda mungkin kurang rasa situasi berkenaan, atau hanya kesan kecil. Tetapi lebih mudah dirasai jika menunggang lama atau jarak jauh.

Bagi mengurangkan kesan tangan lenguh atau kebas, pakailah sarung tangan khas motosikal daripada material keras atau tebal untuk melindungi buku tangan (knuckles).

Sarung tangan daripada material kulit atau fabrik membantu mengurangkan impak getaran dari bar hendal ke tapak tangan.

3. RISIKO CEDERA TANGAN LEBIH RENDAH

Antara tujuan penting sarung tangan dicipta adalah melindungi tangan jika terbabas atau kemalangan.

Sebenarnya, ada mendakwa sarung tangan tidak dapat menyelamatkan tangan seperti hemet melindungi kepala. Ada juga berpendapat sarung tangan kurang berkesan melindungi tangan.

Bagaimanapun ada asas juga bagi pendapat yang mengatakan sarung tangan dapat meningkatkan perlindungan dengan mengurangkan kesan luka atau lecet tangan. Lebih baik pakai saja kerana aksesori pakaian itu sedikit sebanyak dapat membantu meminimumkan risiko kecederaan tangan.

4. GRIP BAR HENDAL LEBIH BAIK

Satu lagi manfaat memakai sarung tangan adalah mendapat genggaman tangan lebih baik pada grip terotel. Ini membantu penunggang yang kerap berpeluh tapak tangan.

5. NAMPAK LEBIH COOL

Sarung tangan motosikal juga membuatkan seseorang penunggang nampak lebih cool dan macho. Ini kerana aksesori pakaian itu sudah menjadi satu penyataan fesyen (fashion statement) kepada sebahagian besar penunggang selain berfungsi sebagai pelindung.

SUMBER: BikeRestart

Related

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: aksesori, aksesori motosikal, motosikal, roda2, sarung tangan (glove), tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev