• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tarikh Akhir Pelajar IPTA Tebus Baucar Digital Tiket Penerbangan Lanjut Hingga 31 Disember

Tarikh Akhir Pelajar IPTA Tebus Baucar Digital Tiket Penerbangan Lanjut Hingga 31 Disember

August 16, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


TARIKH akhir penebusan baucar digital RM300 bagi pelajar universiti awam untuk pembelian tiket penerbangan laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan dilanjutkan hingga 31 Disember dari 31 Oktober yang diumumkan sebelum ini.

Namun, Kementerian Pengangkutan memaklumkan pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Kementerian berkata, inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan mula dilaksanakan semalam (15 Ogos). Justeru pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman web Kementerian Pengangkutan.

Selepas membuat semakan, pelajar layak boleh memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, termasuk MASwings dan FireFly, AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih pelajar melalui laman web syarikat penerbangan berkenaan.

Jika tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.

Pada masa ini, pelajar layak adalah mereka yang berdaftar di universiti awam hingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Kementerian memaklumkan selepas menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan. Jika harga tiket dibeli kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Inisiatif baucar digital itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang memanfaatkan lebih 56,000 pelajar universiti awam seluruh negara membabitkan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

BACA >>> Pelajar IPTA Boleh Mohon Subsidi RM300 Tiket Penerbangan Domestik Mula 15 Ogos Depan

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Baucar Digital, Baucar Digital RM300, Bulan Kebangsaan, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Perpaduan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev